HASRAT untuk menyewa rumah idaman bertukar menjadi mimpi ngeri bagi wanita ini apabila pemilik rumah tidak menepati perjanjian asal ditetapkan. Tidak hanya itu, dia turut berputih mata selepas wang berjumlah RM3,800 yang diberikan sebagai deposit sewaan, tidak dipulangkan pemilik kediaman berkenaan. Di sebalik meluahkan kesedihan yang dialami, dia tampil mempersoalkan sistem perundangan negara susulan individu terbabit didakwa ingin mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis selepas dituntut memulangkan semula wang yang diambil."Malaysia ni tak ada undang-undang ke? Aku nak sewa rumah secara terus dengan pemilik dan dah bank-in RM3,800.Dokumen perjanjian sewaan atau jual beli penting bagi mengelakkan seseorang ditipu. -Gambar hiasan AI"Hujung-hujung pemmilik nak cancel, apabila minta dia pulangkan semula duit, dia cakap terpaksa ambil duit booking sedangkan aku tak ada tandatangan apa-apa dokumen lagi."Dia nak ambil RM1,000, dia yang batalkan lepas tu cakap aku harmful," luahnya di Thread.Mengakui terkejut dengan situasi berlaku, dia cuba memberi desakan menerusi panggilan telefon sehingga membuatkan pemilik rumah tersebut menyatakan keengganan untuk memulangkan keseluruhan wang yang telah diserahkan.Malah individu tersebut turut mengeluarkan kata-kata ugutan termasuk membuat laporan polis berhubung tuntutan berkenaan.Wanita dakwa rugi RM3,800 selepas pemilik rumah membatalkan urusan sewaan.Wang deposit didakwa tidak dipulangkan walaupun tiada perjanjian ditandatangani.Pemilik rumah didakwa mahu membuat laporan polis selepas dituntut memulangkan wang.Wanita berhasrat membuat laporan polis kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan.Netizen menggesa wanita itu mendapatkan bantuan polis dan Mahkamah Tuntutan Kecil.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku nak duit aku balik, apa yang susah sangat nak bagi? Dia nak report polis atas aku."Belum duduk lagi rumah tu, kunci pun belum dapat dan dokumen tak tandatangan lagi," tambahnya yang buntu dengan situasi berlaku.Pada masa sama, wanita ini turut menyatakan dia bakal membuat laporan polis kerana menjadi mangsa penipuan supaya tiada orang lain yang terkena.ARTIKEL BERKAITAN: “Duit satu sen pun tak dapat” - Warga emas putih mata RM4 juta lesap ditipu peguam sendiri, diperdaya urusan jual beli tanahARTIKEL BERKAITAN: Pemilik ‘liat’ pulangkan wang deposit, penyewa dakwa ada ‘agenda’... Siap suruh cat satu rumah bagi nampak baharuPerkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatkannya supaya mengumpul semua bukti pembayaran dan perbualan sebelum mendapatkan nasihat pihak berkuasa atau saluran undang-undang yang bersesuaian."Sebab itu kena pakai ejen supaya ada hitam putih selepas dapat deposit, realiti orang yang nak direct owner akan jadi macam inilah."Dia yang kena full refund sebab dia yang batalkan."Buat laporan polis dan terus daftarkan di mahkamah kecil di tempat kita bermastautin," demikian reaksi netizen.