BERBAKI kurang 30 hari sebelum bergelar suami, seorang lelaki meraih perhatian netizen selepas meluahkan hasratnya untuk membatalkan majlis perkahwinannya.Menerusi luahan pilu yang dikongsi di media sosial, lelaki itu mengakui hatinya kini sudah tawar sepenuhnya ga-gara tidak tahan dengan sikap bakal isterinya yang terlampau panas baran. "Majlis kami 26 Julai, tapi tak tahu la... hati ni rasa macam nak batalkan je perkahwinan ni. Kebelakangan ini, kami asyik bergaduh tak berhenti.Membatalkan perkahwinan pada saat-saat akhir bukanlah satu keputusan yang mudah. -Gambar hiasan AI"Kami bertengkar dalam kereta bawah rumah dia. Dia keluar dan hempas pintu kuat gila. Dia punya baran, hanya Tuhan yang tahu."Dia pernah ludah muka aku, pukul kepala aku dengan botol. Masa memandu pun dia pernah mengamuk sampai aku hampir terlanggar kereta sebelah," dakwanya.Menurut lelaki itu lagi, beberapa siri amukan yang berlaku menyebabkan dia trauma dan berada dalam dilema untuk meneruskan perkahwinan.Lelaki dakwa kerap dikasari oleh bakal isterinya.Mereka merancang berkahwin hujung bulan ini.Dia mendakwa pernah diludah oleh wanita itu.Ramai netizen minta dia angkat kaki dan batalkan majlis.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku trauma dengan dia. Kadang dia angkat tangan nak betulkan tudung pun aku sampai tertunduk-tunduk takut, ingat dia nak pukul."Dia ada cuba berubah, nampaklah peningkatan, tapi ada masanya kejadian sama berulang. Aku tak pasti nak hadap ke tidak benda ni lepas kahwin."Hubungan ini masih diteruskan sebab keluarga dah jumpa, kami pun kerja sekali. Entah apa nak buat sekarang," luahnya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan kahwin... Isteri suka herdik suami, gagal kawal sikap panas baranARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu hadap isteri berkerjaya panas baran, pantang ditegur ‘bergegar’ rumah... Fasal makan pun boleh gaduh!Di ruangan komen, ramai netizen meminta lelaki itu berfikir masak-masak kerana dia masih mempunyai masa untuk membatalkan majlisnya."Saya sanggup jadi 'syaitan' yang menghasut supaya kamu tak kahwin."Sebagai wanita, saya nasihatkan awak supaya cari perempuan lain," tulis netizen.