suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia sentuh tanpa tanya dulu” - Isteri mengadu nasib, rasa seperti dicabul di rumah sendiri... Jujur akui ada rasa jijik!

Masalah dalam hubungan intim boleh menyebabkan rumah tangga goyah. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN intim merupakan antara elemen penting yang menyumbang kepada kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga.

Namun lain pula menurut seorang wanita apabila beranggapan haknya sebagai wanita tidak dihormati gara-gara sering disentuh oleh suami tanpa kerelaannya.

"Saya tak suka apabila suami tiba-tiba sentuh, terutamanya di bahagian alat sulit. Dia sentuh tanpa tanya dulu.

Suami juga perlu menghormati perasaan isteri. -Gambar hiasan AI

"Saya rasa seperti dicabul dan tak dihormati. Ada ke isteri lain yang faham perasaan saya ini?

"Rasa jijik suami sentuh walaupun hanya di rumah. Takut dia kecil hati, jadi saya diam je. Tapi jujur, saya tak suka," ujarnya.

Luahan wanita berusia 31 tahun itu tular di aplikasi Threads sehingga ia mengundang ratusan komen netizen.

  • Wanita tular di Threads selepas kongsi masalah rumah tangganya.
  • Dia mengakui tidak suka apabila disentuh secara tiba-tiba oleh suaminya.
  • Dia beranggapan seperti dicabul apabila alat sulitnya disentuh tanpa izin.
  • Segelintir netizen menyelar wanita itu kerana enggan melayan suaminya.

Menurut netizen, wanita itu sepatutnya berbincang dengan suaminya bagi menyuarakan apa yang terbuku di hati.

"Setiap orang ada cara dan tahap keselesaan yang berbeza. Kalau rasa tak selesa, cakaplah elok-elok dengan pasangan.

"Dalam rumah tangga, bukan cukup sekadar sayang, tapi kena saling faham, hormat dan jaga perasaan satu sama lain. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam aksi intim, simpan dalam Telegram... Suami menggigil akaun kena godam - “Video nampak muka isteri aku”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin ini kifarah kami” - Kisah benar pasangan suami isteri dihimpit dosa lampau, terus hilang ‘spark’ di bilik tidur

"Perempuan yang jenis jaga diri sebelum kahwin ni, dengan suami sendiri pun kadang dia jadi segan," tulis netizen.

Namun pada masa sama, ada juga netizen yang bersikap negatif dan menyelar wanita itu kerana enggan melayan permintaan suami.

"Lebih baik tak payah kahwin. Boleh pula jijik dengan suami, sepatutnya rasa mulia sebab 'berkhidmat' untuk suami.

"Mengada jijik dengan suami sendiri. Lain kali jangan kahwin," tulis netizen lagi.

Artikel Lain