SEORANG gadis tampil menitipkan pesanan mendalam buat kaum wanita agar lebih berhati-hati sebelum berkongsi gambar di media sosial, selepas mendakwa dia kini trauma melalui dua pengalaman hitam.Menurut gadis berkenaan, dia sama sekali tidak menyangka dua lelaki yang sangat dikenalinya tergamak bertindak 'gila' dengan menyimpan koleksi gambar peribadinya tanpa pengetahuannya.Katanya, insiden pertama yang dilaluinya itu melibatkan seorang rakan lelaki yang boleh dikategorikan agak rapat dengannya.Perbuatan merakam gambar tanpa izin merupakan suatu jenayah. -Gambar hiasan AI "Ceritanya bermula apabila saya memuat naik gambar di WhatsApp Story dengan kapsyen feel ugly today. Dia membalas dengan mengatakan saya sebenarnya cantik."Saya bergurau meminta dia buktikan, tetapi tidak sangka dia terus menunjukkan beberapa gambar swafoto saya yang pernah dimuat naik di WhatsApp Story," kongsinya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Rakam aksi intim, simpan dalam Telegram... Suami menggigil akaun kena godam - “Video nampak muka isteri aku”ARTIKEL BERKAITAN: “Kau simpan sendiri je!” - Pengantin bengang jurugambar sibuk rakam foto ‘candid’ awek cantik, momen keluarga sendiri terlepasTergamam dengan apa yang dilihat, dia lantas bertanya bagaimana lelaki tersebut boleh memiliki koleksi gambar berkenaan, namun jawapan yang diterima ternyata membuatkan dia rasa meremang dan ketakutan."Dia memberi alasan WhatsApp miliknya berbeza daripada orang lain, kerana secara automatik akan menyimpan semua WhatsApp Story kenalan," katanya.Impak daripada kejadian menyeramkan itu, dia tidak menunggu lama untuk mengambil keputusan drastik memadam semua kenalan lelaki daripada senarai WhatsApp bagi mengelakkan gambar-gambarnya terus dieksploitasi.Bukan itu sahaja, dia turut bertindak 'membersihkan' senarai pengikut di Instagram kerana bimbang ada individu lain yang mempunyai tabiat sakit yang sama tanpa sedar.Disangka sudah aman, pengalaman ngeri kedua pula berulang ketika dia menghadiri sebuah majlis rumah terbuka baru-baru ini, di mana dia diminta untuk mengambil gambar seorang kenalan lelaki menggunakan telefon individu terbabit.Bagaimanapun, sebaik sahaja aplikasi kamera dibuka, alangkah terkejutnya dia apabila skrin telefon secara tidak sengaja memaparkan galeri yang dipenuhi dengan wajahnya sendiri.Gadis kongsi pengalaman dua lelaki simpan gambarnya tanpa pengetahuan.Dia terkejut melihat gambar sendiri dalam galeri telefon kenalan lelaki.Nombornya turut disimpan sebagai 'My Lovely Girlfriend'.Insiden itu membuatkannya mengehadkan perkongsian di media sosial.Dia mengingatkan wanita agar lebih berhati-hati menjaga privasi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ada gambar saya sedang ketawa, makan, membetulkan tudung, berbual dan gambar ketika berada dalam kumpulan orang ramai yang turut zoom kepada saya," katanya.Teka-teki mengenai obsesi lelaki itu semakin terjawab apabila dompetnya tertinggal selepas majlis berakhir, memaksa gadis ini untuk menghubunginya semula melalui panggilan telefon.Ketika telefon itu berdering, seorang rakan wanita yang berada di sebelah lelaki tersebut mendakwa nama pemanggil yang tertera pada skrin adalah 'My Lovely Girlfriend', sedangkan hakikatnya lelaki itu masih bujang dan tidak mempunyai kekasih.Situasi melampau itu menyebabkan rakan-rakannya tersalah anggap kononnya mereka sedang hangat bercinta secara rahsia, namun dia segera menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut."Saya sendiri tidak faham apa motif mereka menyimpan gambar saya, malah seorang lagi siap menyimpan nombor telefon saya dengan nama My Lovely Girlfriend."Saya sendiri tidak pernah menyimpan atau screenshot gambar kenalan lelaki tanpa sebab. Jadi saya memang rasa perkara seperti ini agak menyeramkan," katanya.Sejak dua insiden itu meragut ketenangannya, gadis ini mengakui dia kini lebih berhati-hati dan meletakkan benteng yang tinggi dalam menjaga batas pergaulan dengan mana-mana lelaki."Sudah bertahun-tahun saya tidak lagi berhubung dengan mereka. Tak tahu la dah kahwin ke, masih hidup atau meninggal dunia."Saya cuma berharap jika mereka membaca perkongsian ini, mereka sudah berubah menjadi insan yang lebih baik," katanya.