suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah tolak cinta ‘manager’ pengkid, pekerja ‘part time’ dapat layanan teruk - “Semua benda aku buat salah”

Pengurus tidak sepatutnya membuli pekerja atas alasan peribadi. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis mendakwa berdepan pengalaman buruk di tempat kerja apabila dia menjadi sasaran pengurusnya yang bernafsu songsang.

Menurut pengadu, pengurusnya merupakan wanita berperwatakan lelaki yang mula berubah sikap selepas dia menolak cintanya.

"Aku kena 'ngorat' dengan pengkid kat tempat kerja. Dia pengurus. Aku kerja part time selama sebulan. Hari pertama kerja dia belanja makan.

Gangguan di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang hilang motivasi. -Gambar hiasan AI

"Baru kenal seminggu dia ajak bercinta. Aku tolak. Aku kata dah ada boyfriend. Lepas aku tolak, setiap kali datang kerja mesti dia bad mood.

"Semua yang aku buat jadi salah. Padahal aku kerja ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," tulis wanita itu.

Hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads itu ternyata mengundang pelbagai reaksi warga maya.

  • Gadis tular selepas kongsi pengalamannya ketika kerja sambilan.
  • Dia mendakwa menjadi sasaran pengurus yang juga seorang pengkid.
  • Pada awalnya dia menerima layanan istimewa daripada pengurusnya,
  • Dia mendakwa pengkid itu berubab sikap selepas cintanya ditolak.

Selain menyelar sikap pengurus tempat kerjanya, beberapa individu mendakwa mereka juga pernah berdepan pengalaman serupa.

"Lepas kena reject untuk jadi partner, terus performance review jadi personal review.

"Saya pun kena benda sama dengan pengurus dekat tempat kerja lama. Masa tu saya baru habis sekolah," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengkid viral guna gelaran Tengku? Bekas kekasih dah siap beli hantaran, tak jadi kahwin selepas kantoi jantina sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita trauma suami rupanya pengkid! Rahsia terbongkar pada malam pertama, kantoi guna alat sulit palsu

Pada masa sama, ada yang turut menyarankan pengadu agar membuat laporan kepada pihak atasan berhubung gangguan berkenaan.

"Dia hanya pengurus, bukannya pemilik syarikat. Kumpul bukti dan laporkan kepada bahagian Sumber Manusia (HR). Jangan biarkan dia salah guna kuasa," pesan netizen lagi.

Artikel Lain