suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita rasa terhina, ‘sek kito’ hulur RM5 lepas tumpang kereta dari KL balik Kelantan - “Dah la saya seorang memandu 10 jam”

Kos minyak, tol dan sebagainya perlu diambil kira setiap kali kita menumpang kereta orang. -Gambar hiasan AI

MENUMPANG kereta rakan untuk pulang ke kampung halaman sememangnya perkara biasa, terutama ketika musim perayaan atau cuti panjang.

Namun menurut seorang wanita, dia kini serik untuk menumpangkan sesiapa apabila usahanya memandu beratus kilometer bagaikan langsung tidak dihargai.

"Saya pernah tumpangkan kawan balik dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Saya siap jemput di apartment dia. Kami bukan kawan rapat pun.

major petrol station .-Art Chen/ The Star.

Segelintir individu langsung tidak menghulurkan duit minyak walaupun menumpang kereta orang. -Gambar hiasan

"Dah la saya seorang je memandu 10 jam. Member tu hulur RM5. Rasa macam hinanya saya sebagai pemandu dan pemilik kereta.

"Saya ambil duit tu sebab dia hulur. Masa tu saya penat dan rasa terkejut. Kenal bertahun-tahun, macam tu je kena 'gula-gulakan' dengan dia," imbasnya.

Menceritakan dengan lebih lanjut, insiden berkenaan cukup memberi pengajaran berharga buatnya sehingga dia kini lebih berhati-hati dan hanya sudi membantu rakan yang benar-benar akrab.

  • Seorang wanita mengakui serik untuk menumpangkan kawan balik kampung.
  • Dia mendakwa dihulur RM5 selepas menumpangkan kawannya dari KL ke Kelantan.
  • Wanita itu kecewa kerana kebaikannya diambil kesempatan oleh indviditu berkenaan.
  • Dia kini serik dan memilih untuk menumpangkan orang yang betul-betul rapat sahaja.

"Saya tak suka perasaan macam ni. Kita buat baik, tapi orang ambil kesempatan. Sejak kejadian itu, saya dah tak tumpangkan sesiapa.

"Saya hanya bagi tumpang kepada mereka yang betul-betul rapat dan saya percaya saja. Ia bukan soal nilai wang, tapi adab dan common sense," luahnya lagi.

Hantaran di aplikasi Threads itu menerima lebih 240 komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan Kelantan gila ‘live’ TikTok, paksa kerani akaun jadi ‘host’ jual barang - “Jiwa introvert ku menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kelantan segan dengan negeri sendiri, dakwa banyak rumah tak jaga kebersihan - “Bila datang mesti terkejut beruk”

Malah, beberapa lagi individu mendakwa mereka juga pernah berdepan pengalaman sama.

"Kawan rapat pun ada yang buat macam ni. Tiap kali keluar, kita kena jemput. Duit tol dan parking pun kita kena bayar.

"Saya pun pernah. Kawan minta hantar dari Cyberjaya ke Shah Alam. Tak hulur satu sen pun," tulis netizen.

Artikel Lain