FENOMENA 'pretty privilege' atau kelebihan rupa paras sering kali memberi kelebihan kepada sebahagian wanita, terutamanya dalam kerjaya dan urusan harian.Perkara itu turut diakui oleh seorang wanita yang mendakwa dia mampu meraih pendapatan lumayan disebabkan rupa parasnya yang cantik. “Saya rasa ‘pretty privilege’ dalam pekerjaan memang wujud. Bayangkan, saya boleh ‘lompat’ gaji daripada RM3,000 kepada RM8,000 melalui satu temu duga.Gaji yang rendah boleh menyebabkan seseorang hilang motivasi untuk bekerja. -Gambar hiasan AI“Waktu itu tahun 2024. Saya temu duga kerja dengan seorang lelaki pertengahan usia. Saya tak buat benda bukan-bukan, tapi ia mungkin berlaku disebabkan kecantikan saya.“Pakcik yang temu duga tu siap ajak makan malam. Saya pun pergi saja. Tapi kami cuma berborak tentang kehidupan dan pekerjaan. Rupanya dia ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu,” ujarnya.Menurut wanita itu, dia menganggap dirinya bertuah apabila ditawarkan gaji yang tinggi, namun hanya mampu bertahan setahun sahaja di syarikat berkenaan.Seorang wanita ditawarkan gaji tinggi gara-gara kecantikan wajahnya.Dia melalui sesi temu duga dengan seorang CEO yang sudah berusia.Dia turut diajak untuk makan malam bersama CEO lelaki berkenaan.Wanita itu terima gaji RM8,000 di syarikat berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AI“Dengan kelulusan dan pengalaman masa tu, saya rasa tak layak pun gaji RM8,000. Waktu itu saya cuba nasib minta gaji tinggi, dia setuju saja.“Saya rasa saya bernasib baik. Pakcik tu pun gatal sikit. Dia juga ambil beberapa lagi wanita cantik bekerja di syarikatnya. “Tapi setahun kemudian, saya berhenti kerja. Sekarang pendapatan saya sudah lima angka. Dulu saya kerja bahagian media sosial, sekarang pengurus pemasaran,” ujar wanita itu lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis muka cantik tapi pengotor, bilik macam tongkang pecah... Setiap kali masuk kereta semerbak bau ikan masin!ARTIKEL BERKAITAN: Sampai seminit sebelum ‘break’ solat, wanita cantik tetap berkeras nak ‘dine in’ - “Sekarang 12.29, tak boleh order?”Hantaran di aplikasi Threads itu menerima pelbagai komen netizen termasuklah yang meminta wanita itu berkongsi petua untuk meminta gaji tinggi.“Awak ada kemahiran itu. Berbanggalah. Tak semua orang bernasib baik seperti awak.“Macam tu je CEO lelaki diguna-gunakan oleh awak,” tulis beberapa netizen.