KEWAJIPAN menunaikan solat tetap perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam, meskipun sibuk menyempurnakan tugasan seharian di pejabat.Bagaimanapun menurut seorang wanita, dia pernah ditegur oleh majikannya gara-gara mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menunaikan solat ketika sedang bekerja.Solat merupakan kewajipan buat setiap umat Islam. -Gambar hiasan “Biasalah orang perempuan, 20 minit dalam bilik solat. Lepas tu, ada seseorang ni hubungi nombor telefon aku bertalu-talu. Dekat 30 kali.“Dia menjerit-jerit tuduh aku abaikan kerja. Dia kata aku tinggalkan meja kerja tanpa maklumkan kepada sesiapa,” imbas wanita itu.Sejak kejadian berkenaan, wanita itu berkata dia akan memastikan setiap pergerakannya akan dimaklumkan kepada pihak atasan di tempat kerjanya.Wanita dakwa ditegur orang atasan kerana ambil masa lama untuk solat.Dia mendakwa dihujani panggilan telefon ketika sedang berada di surau.Selain itu, dia mendakwa turut dimarahi secara lisan oleh seorang individu.Sejak kejadian itu, dia mula memaklumkan setiap gerak gerinya kepada bos.Ringkasan ini dijana oleh AI“Sehari lepas kejadian itu, pergi tandas pun aku akan hantar WhatsApp kepada bos. Walaupun pergi singgah meja bos, aku tetap akan maklumkan melalui WhatsApp.“Lepas dua bulan, salah seorang daripada bos di syarikat tu minta aku berhenti beritahu segala pergerakan aku. Aku kata hari tu mengamuk nak tahu sangat. Terus dia diam,” kongsinya lagi.Wanita itu berkongsi kisah berkenaan menerusi aplikasi Threads sehingga ia tular dan menerima pelbagai komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat pekerja nak solat terbantut, dua pelanggan meluru masuk... Langsung tak endah notis ‘close’ depan pintu butikARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cemarkan nama Islam” - Wanita kecewa rakan sekerja ambil masa lama solat di surau, sudahnya kerja tak siap“Aku pun buat benda sama dekat pengurus di tempat kerja. Dia nak tahu sangat aku pergi mana-mana. Lepas tiga minggu dia suruh aku berhenti maklumkan segala pergerakan kepadanya.“Bos saya pun macam ni. Dia rasa saya guna banyak masa untuk solat. Kita ni perempuan, kena pergi tandas lagi untuk bersihkan apa yang patut dulu.“Memang itu je caranya untuk ajar orang yang terlalu ‘micromanage’ pekerja,” tulis beberapa netizen.