suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat mahu cepat kaya tapi akhirnya lingkup! Lelaki joli simpanan kahwin beli kad Pokemon, nak jual balik tak laku

Masalah kewangan boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

PERSEDIAAN kewangan yang kukuh sememangnya menjadi tiang utama buat mereka yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Malah, kebanyakan bakal pengantin biasanya membuat tabungan awal demi memastikan majlis hari bahagia mereka berjalan lancar tanpa bebanan hutang.

Namun menurut seorang wanita, dia berdepan situasi sebaliknya apabila mendapati wang tabungan pasangannya tidak mencukupi menjelang hari bahagia.

Banyak wang perlu digunakan bagi menjayakan sesebuah majlis. -Gambar hiasan AI

“Masa nak kahwin, aku pelik kenapa duit suami aku tak cukup. Dia terpaksa buat pinjaman peribadi.

“Rupanya dia beli kad Pokemon berlambak sampai tiada simpanan wang. Kesannya lepas kahwin, nak bagi nafkah pun tiada duit.

“Dia sibuk bayar pinjaman, Sampai sekarang aku dendam. Kesannya aku yang rasa sekali,” luah wanita itu.

  • Wanita dakwa suaminya obses membeli koleksi kad Pokemon.
  • Dia berkata suaminya menghabiskan wang untuk membeli kad Pokemon.
  • Obsesi itu menyebabkan wang tabungan kahwin mereka tidak mencapai sasaran.
  • Dia berkata suaminya terpaksa membuat pinjaman bagi majlis perkahwinan mereka.

Menurut wanita itu, impian suaminya yang mahu mengaut keuntungan dengan menjual semula koleksi kad berkenaan juga gagal membuahkan hasil.

“Dia berharap dapat kad Pokemon yang mahal dan rare dalam koleksi yang dibeli tu, kemudian boleh jual balik.

“Tapi dia kata kad yang dia dapat semua tiada harga. Akhirnya semua tersadai dalam kotak je. Benda ni kantoi lepas kami kahwin,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wang hantaran RM12,000 ‘hangus’ bina rumah singgah, wanita bengang majlis kahwin ala kadar... Sekarang baru faham keputusan bapa

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak layak diperjuangkan ke?” - Bakal suami ajak ‘share’ duit hantaran RM15,000, wanita rasa maruah diri dipijak!

Hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu turut meraih pelbagai komen netizen.

“Suami kamu macam tak matang lagi. Sepatutnya kamu berundur sejak awal kalau dah nampak begini.

“Serius tak faham orang yang habiskan duit semata-mata untuk hobi,” tulis netizen.

Artikel Lain