suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat dapat warisi bisnes keluarga, pemuda ‘ternganga’ bapa jual kedai demi bayar hutang... Satu sen pun tak dapat!

Ramai individu yang mengalami tekanan apabila bekerja bersama keluarga sendiri. -Gambar hiasan AI

LAPAN tahun bertahan dengan gaji RM2,200 kerana dijanjikan bakal mewarisi perniagaan keluarga, seorang lelaki akhirnya gigit jari selepas kedai berkenaan dijual bagi melangsaikan hutang.

Lebih menyedihkan, namanya langsung tidak pernah tercatat sebagai pemilik, menyebabkan dia tidak mendapat walau satu sen daripada hasil jualan tersebut.

Kisah duka itu dikongsikan oleh sepupunya di platform Threads yang menyuarakan rasa simpati terhadap nasib dialami lelaki berusia 31 tahun berkenaan.

"Sepupu aku kerja di kedai keluarga dia selama lapan tahun dengan gaji RM2,200.

Ramai yang memulakan kerjaya baharu di usia awal 30-an. -Gambar hiasan AI

Ramai yang memulakan kerjaya baharu di usia awal 30-an. -Gambar hiasan AI

"Setiap kali dia minta dinaikkan gaji, ayahnya akan cakap... sabar, nanti kedai ni kau yang punya," kongsinya di Thread.

Menurut anak muda ini lagi, disebabkan percaya dengan janji tersebut, sepupunya  terus bertahan meskipun rakan-rakan seusianya ketika itu sudah bergaji lebih RM5,000.

Namun, segala pengorbanan dan kesetiaannya bertukar menjadi sia-sia apabila kedai yang menjadi tumpuan harapannya terpaksa dijual pada tahun lalu akibat bebanan hutang yang menimbun.

  • Seorang lelaki bekerja di kedai keluarganya selama lapan tahun dengan gaji RM2,200.
  • Setiap kali meminta kenaikan gaji, ayahnya meminta dia bersabar kerana kedai tersebut dijanjikan akan menjadi miliknya kelak.
  • Dia terus bertahan dengan gaji rendah meskipun rakan-rakan seusianya sudah memperoleh pendapatan melebihi RM5,000.
  • Kedai berkenaan akhirnya dijual bagi melangsaikan hutang, namun dia tidak menerima sebarang bahagian kerana pemilikan didaftarkan atas nama orang lain.
  • Pada usia 31 tahun, dia terpaksa bermula semula di tempat baharu dengan gaji RM2,800 dan menyifatkan janji bakal memiliki kedai itu sebagai harga paling mahal pernah dibayarnya.

"Tahun lepas kedai kena jual sebab hutang, dia tak dapat apa-apapun bukan sebab tidak disayangi tetapi kedai pun atas nama orang lain.

"Lapan tahun gaji kecil, lapan tahun dia ingat dia bakal jadi pemilik. Sekarang dia mula dari bawah dengan gaji RM2,800," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok pun rasa penat! Hikmah bekerja dari rumah, suami baru sedar pengorbanan isteri urus anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji minimum penanggung tunggal keluarga, balik kerja kena urus rumah pula... Bengang suami ‘house husband’ berat tulang

Perkongsian kisah hidup itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman bekerja dengan keluarga sendiri.

"Saya pun kerja dengan mak dan abang, bersyukur je berapa mereka nak bayar sebab ia masih rezeki.

"Ramai perempuan akan tolak kalau dijodohkan dengan lelaki yang bekerja di bawah bisnes ahli keluarga," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain