Lelaki yang pentingkan hobi cenderung mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. -Gambar hiasan AI
MINAT seorang lelaki terhadap dunia permotoran menjadi punca seorang wanita mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hubungan mereka meskipun menyifatkannya sebagai individu yang baik dan berpendidikan.Bukan kerana lelaki itu bersikap kasar atau kedekut, sebaliknya dia bimbang hobi berkenaan bakal menjejaskan kewangan sekiranya mereka mempunyai masa depan bersama. Berkongsi kisah perkenalan tersebut, wanita itu berkata, mereka saling mengenali menerusi aplikasi janji temu sebelum bertemu buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah."Masa pertama kali jumpa di pusat beli-belah, orangnya manis. Ketika berbual, nampak dia seorang yang pemalu dan introvert," ceritanya di Threads.Wanita perlu bijak memilih pasangan hidup bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasanApa yang menarik, lelaki berkenaan membayar makanan mereka pada pertemuan pertama walaupun dia sendiri lebih selesa berkongsi perbelanjaan secara sama rata.Keselesaan yang dirasai membuatkan mereka keluar untuk janji temu kedua di samping meraikan hari lahirnya."Aku pergi dengan e-hailing dan balik tu dia hantar guna kereta Proton Saga yang telah diturbokan."Dia bawa perlahan sangat sebab mungkin nak luangkan masa lebih banyak untuk berborak, tapi aku dah mula rengsek."Masa ni dia baru dapat bonus dalam RM18,000, jadi aku pun tanyalah dia nak guna untuk apa duit tu," ujarnya mengimbau perbualan ketika itu.Seorang wanita tidak meneruskan hubungan dengan lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi janji temu.Lelaki tersebut disifatkan sebagai baik, berpendidikan, pemalu dan introvert serta membayar makanan mereka ketika pertemuan pertama.Ketika janji temu kedua, lelaki itu menghantarnya pulang menggunakan Proton Saga yang telah diturbokan dan memandu terlalu perlahan.Wanita itu terkejut apabila lelaki berkenaan mahu menggunakan bonus RM18,000 untuk mengubah suai kereta, termasuk menukar sport rim kepada warna merah.Bimbang lelaki itu akan mendahulukan hobi kereta berbanding keperluan keluarga, dia memilih untuk tidak meneruskan hubungan dan keputusannya dipuji warga maya.Ringkasan ini dijana oleh AIApa yang mengejutkan, lelaki terbabit secara bersahaja menyatakan duit berkenaan akan digunakan untuk mengubah suai dan mencantikkan kereta.Tidak hanya itu, lelaki tersebut turut menyatakan akan menukar sport rim kepada warna merah."Bersemangat dia cerita sebab memang hobi, mungkin dia ingat aku pun minat tapi hakikatnya aku paling tak suka lelaki ada hobi kereta."Puncanya ada lelaki dekat keliling aku yang macam ni, jenis mendahulukan kereta berbanding keperluan anak isteri," tambahnya sambil menyatakan perjalanan yang sepatutnya 20 minit menjadi 45 minit.ARTIKEL BERKAITAN: Suami kaki game sampai abai keluarga, ibadat... Ketagih menjadi-jadi lepas dipecat, biar isteri kerja cari duit belanjaARTIKEL BERKAITAN: Baru habis pantang, isteri dan anak ditinggalkan suami kaki pancing 2 hari... Rasa berdosa jika halang ‘me time’Tambah gadis ini lagi, pendedahan hobi lelaki terbabit membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hubungan.Pun begitu, dia menjelaskan perkara tersebut bagi mengelakkan salah faham berlaku antara mereka.Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya memuji tindakan yang diambil."RM18,000 ke kereta sahaja? Kau buat keputusan yang betul dik, kalau dia cakap simpan... itu baru nampak dia fikir masa depan."Bagusnya, awak tak tergolong dalam perempuan yang mengabaikan bendera merah tu," demikian reaksi netizen.