Banyak kos yang perlu ditanggung bakal pengantin menjelang majlis hari bahagia mereka. -Gambar hiasan AI
MENDIRIKAN rumah tangga, membina keluarga dan membesarkan cahaya mata merupakan impian kebanyakan orang selepas mereka melangkah ke alam dewasa.Namun menurut seorang lelaki, dia kini bahagia menjalani fasa umur 30-an tanpa pasangan dan tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin. Imbasnya, dia sebelum ini pernah merancang untuk berkahwin, namun terpaksa membatalkannya atas sebab-sebab tertentu.Segelintir individu mengimpikan majlis perkahwinan berskala besar. -Gambar hiasan AI"Saya umur 33 tahun. Saya memiliki kereta bernilai RM150,000. Saya juga ada rumah teres berharga RM800,000 dan wang simpanan RM30,000."Pernah nak kahwin tapi terbantut bila bincang soal hantaran. Saya janjikan kehidupan selesa lepas kahwin, tapi saya nak buat majlis biasa-biasa saja."Pihak perempuan tak setuju. Dia kata impian setiap wanita nak ada majlis besar-besaran. Sejak detik itu, saya dah malas nak layan," ujar lelaki itu.Lelaki umur 33 tahun akui hidup bahagia walaupun tiada pasangan.Dia memilih hidup solo walaupun memiliki kemampuan kewangan.Dia sebelum ini pernah membatalkan hasrat menikahi seorang wanita.Perkahwinan itu dibatalkan kerana bekas buat hatinya mata duitan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya lagi, segala kemewahan yang dimiliki kini dicurahkan untuk ibunya serta dimanfaatkan untuk melancong ke luar negara saban tahun.Perkongsian kisah yang dibuat menerusi aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen.Menurut pelayar Threads, mereka tumpang gembira apabila mengetahui lelaki itu tidak dijodohkan dengan wanita mata duitan.ARTIKEL BERKAITAN: “Dah seminggu mati baru orang tahu” - Pernah tolak fitrah kahwin, lelaki bujang ditemukan kaku di tempat tidurARTIKEL BERKAITAN: Dah masuk 30-an, lelaki bujang cari jodoh terus tanya nilai hantaran... Cantik, cinta 'jatuh' perkara nombor dua"Apabila senang tergoda lihat rezeki orang lain, nikmat sendiri pun rasa tak cukup. Carilah pasangan yang tahu bersyukur."Kamu buat keputusan tepat. Tiada manfaat pun buat majlis besar-besaran. Percayalah, masih ada perempuan sederhana di luar sana."Abang tersilap jumpa feminis. Mujurlah tak jadi kahwin, nanti abang yang merana," tulis beberapa netizen.