suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita imbau ‘azab’ minggu orientasi... Dipaksa ‘calit’ bukti tidak haid, diperdaya sertai MLM - “Apa khabar fasilitator pembuli?”

Banyak pelajar baru mendakwa dibuli fasilitator ketika minggu orientasi. -Gambar hiasan AI

MINGGU orientasi pelajar universiti telah bermula di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai persediaan menyambut kemasukan pelajar baharu.

Di sebalik keterujaan memulakan kehidupan di kampus, seorang wanita mengimbas pengalaman kurang menyenangkan yang didakwanya berlaku ketika bergelar pelajar di sebuah universiti kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut wanita itu, antara pengalaman yang masih diingatinya apabila diminta mencalit darah bagi membuktikan dirinya sedang haid.

"Apa khabar fasilitator pembuli 10 tahun lepas yang paksa calit faraj untuk buktikan tak haid, yang roll call ragging pagi buta, mengamuk dan menengking tak tentu fasal?

Yang paksa orang kumpul tandatangan kemudian rakam sambil buat benda bodoh? Ddah minta maaf ke belum?

Mental dan fizikal pelajar akan terganggu akibat dibuli. -Gambar hiasan AI

Mental dan fizikal pelajar akan terganggu akibat dibuli. -Gambar hiasan AI

"Kami kena maki berjemaah dengan kata-kata yang sangat kesat kerana ada sebahagian pelajar mempersolkan nama yang digunakan bagi sebuah program kutipan dana amal untuk Syria," katanya.

Dia juga turut mengimbau pengalaman diperdaya seorang pelajar yang didakwa terlibat dengan perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Katanya, dia dan beberapa pelajar lain pada awalnya dimaklumkan mengenai sebuah pameran pendidikan yang kononnya berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malah pengangkutan percuma turut disediakan.

Namun sebaik tiba, mereka sebaliknya dibawa menghadiri sesi berkaitan MLM dan dipujuk untuk menyertai perniagaan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan sorok ayam bawah telur dadar!” - Musim daftar masuk pelajar universiti bermula, lelaki beri pesanan lucu tapi ‘deep’ untuk junior

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Viral rakaman pelajar IPT disuruh berjemur, ‘dihukum’ bawah terik matahari… Awas mangsa terdedah masalah jantung, strok haba

Antara pengalaman lain yang masih berbekas dalam ingatannya apabila pelajar diarahkan bangun pada awal pagi sebelum diminta berkumpul untuk menyertai satu lawatan.

"Dah ganggu waktu tidur, lepas itu ramai-ramai berkumpul pagi buta dekat tapak. Berjam-jam tunggu, bas tak sampai pun!

"Tak lama lepas itu kami disuruh balik ke bilik masing-masing. Tak tahulah apa tujuan mereka buat kami macam itu," ceritanya.

Wanita tersebut berkata dia masih tertanya-tanya sehingga kini sama ada individu terlibat dalam semua kejadian berkenaan pernah menyedari kesan perbuatan mereka terhadap pelajar lain.

  • Wanita imbas pengalaman orientasi 10 tahun lalu.
  • Dakwa fasilitator melakukan ragging keterlaluan.
  • Pelajar turut didakwa dipaksa melakukan perkara memalukan.
  • Dia terkilan tiada pihak tampil memohon maaf.
  • Warga maya turut berkongsi pengalaman hampir sama.

"Mana mereka sekarang? Tiada seorang pun mengaku salah dan minta maaf," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang berkongsi pengalaman tidak mengembirakan ketika minggu orientasi di universiti.

"Zaman 90-an pun macam itu, sibuk nak periksa pad berdarah ke tak. Budaya bodoh.

"Pernah kena panggil sebab tak kumpul tandatangan senior. Mereka panggil lepas itu kena bebel dua jam.

"Pernah pukul 2 pagi suruh budak-budak ketuk ketampi tengah padang. Tak masuk akal," komen warga maya.

Artikel Lain