DALAM perkahwinan lelaki memegang tanggungjawab yang berat dalam memastikan dapat menyediakan nafkah buat isteri dan anak-anak.Namun dalam sesetengah situasi, ada lelaki yang memilih bergelar 'house husband' manakala sang isteri yang keluar bekerja mencari nafkah buat keluarga. Jika suami isteri sepakat tentang perubahan peranan itu, ia mungkin tidak menjadi masalah namun bagi seorang wanita ini, ia bagaikan beban berganda.Ceritanya, segala tanggungjawab bukan sahaja diletakkan di atas bahunya dengan pendapatan bulanan minimum RM1,7000 tetapi suami gagal menguruskan rumah tangga dengan baik."Suami tidak bekerja, duduk rumah jaga anak dan saya pula baru tiga bulan kembali bekerja.Masalah kewangan sering menjadi punca perselisihan faham antara suami isteri. -Gambar hiasan AI"Perjanjian dengan suami sebelum ini, dua-dua bekerja tapi rezeki saya dapat pekerjaan terlebih dahulu dan dia cakap tak yakin mahu bagi orang lain jaga anak-anak."Jadi dia offer duduk rumah sebagai house husband. Dua orang anak di sekolah rendah, seorang baru empat tahun dan bongsu pula setahun," luahnya di Threads.Adunya lagi, dengan pendapatan minimum, dia perlu membayar sewa rumah sebanyak RM600 selain komitmen lain termasuk keperluan rumah dan anak-anak.Malah katanya, jarak rumah ke tempat kerja sejauh 15 kilometer membuatkan dia terpaksa membeli motosikal baharu bagi memudahkan perjalanan.Isteri tanggung keluarga dengan gaji RM1,700, suami tak bekerja.Suami jadi ‘house husband’ tapi gagal urus rumah.Isteri terbeban bayar sewa, komitmen dan kerja lebih masa.Tegur suami tapi dibalas alasan, enggan berubah.Netizen kecam suami, anggap pemalas dan tak bertanggungjawab.Ringkasan ini dijana oleh AI"Apabila tolak kesemua kos dan komitmen, duit gaji yang tinggal dah tak banyak."Masa inilah saya rasa nak menangis sebab penat bekerja termasuk kerja lebih masa tapi duit semua habis bayar komitmen," adunya sayu.Pernah meluahkan perkara itu kepada suami namun malangnya lelaki itu menjadikan anak sebagai alasan untuk tidak bekerja.Lebih menyakitkan hati, dia masih perlu menguruskan rumah selepas 13 jam 'berperang' di tempat kerja kerana suami sekadar menjaga anak."Suami setakat jaga anak, tidak bersihkan rumah. Jadi keadaan rumah macam kena ribut!ARTIKEL BERKAITAN: Dahlah pemalas, kaki pukul pula! Suami ‘biawak hidup’ ugut sebar video intim, guna taktik kotor enggan ceraiARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak bagi tapi enggan cerai! Wanita tertekan 4 tahun hidup ‘diikat’ suami biawak hidup"Sudahlah penat kerja 13 jam, sambung buat kerja rumah pula. Memang penat yang amat," katanya yang menetap di Sabah. Pernah menegur sikap lelaki itu secara baik selain meninggalkan nota tentang tugasan rumah yang perlu diselesaikan tetapi dia mendapat jawapan menggores hati."Dia hantar WhatsApp saya bukan orang gaji mahu disuruh-suruh. Macam saya tidak buat kerja. "Sedangkan, kalau tidak dipesan, dia tidak buat," ujarnya sambil menambah suaminya juga sering mengeluh tertekan duduk di rumah. Reaksi warga maya berhubung kisah wanita berkenaan.Menurut wanita ini, dia cuba mencari jalan penyelesaian bagi mengelak berlaku pergaduhan termasuk mencari pengasuh menjaga anak-anak mereka.Namun dakwanya, suami tetap tidak membenarkan empat cahaya mata mereka dijaga orang luar.Sementara itu, warga maya beranggapan suami wanita itu sebenarnya memang tidak berhasrat untuk kembali bekerja dan menjadikan anak-anak sebagai 'senjata'."Maaf cakap, sudah terang lagi bersuluh awak sedang tanggung biawak. Suami patut bekerja!"Peregi pejabat agama dan failkan cerai. Sampai bila awak nak bela biawak hidup? Lelaki pemalas tak layak jadi suami," antara komen netizen.