suria

Dipaksa jadi ‘cleaner’, lelaki enggan pulang rumah mentua! Isteri bengang suami kutuk keluarga pemalas, tak bercakap 2 minggu

Antara cabaran sesebuah perkahwinan adalah perbezaan latar belakang dan budaya keluarga masing-masing. -Gambar hiasan AI

DALAM sesebuah perkahwinan, perbezaan latar belakang dan cara hidup boleh bertukar konflik besar sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga jika tidak dibendung dari awal.

Seperti kisah dikongsikan wanita ini, rumah tangganya diuji dengan konflik hanya disebabkan isu membabitkan pulang beraya.

Akuinya, dia menjadi punca pergaduhan apabila membangkitkan isu giliran pulang beraya sehingga mengundang kemarahan suami.

"Dua, tiga tahun awal perkahwinan, okay je beraya belah rumah aku tapi selepas itu, setiap tahun tak pernah dah beraya belah aku, semua belah dia.

Konflik rumah tangga akan menjadi lebih buruk tanpa komunikasi berkesan. -Gambar hiasan AI

"Aku marah laki aku, cakap tak adil. Laki aku mengamuk, cakap aku ambil kesempatan atas kebaikan dan kerajinan dia. Aku akui laku aku ni rajin, pengemas dan pembersih.

"Family aku pula memang agak pemalas. Rumah tak bersapu, kotor sana sini. Aku empat beradik, semua perempuan. Memang dari kecil tak suka mengemas," jelasnya.

Walau bagaimanapun ujarnya, dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti memasak setiap hari tanpa culas.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran tengking isteri depan rezeki, nasi baru masak dikata basi... Anak sedih ibu berpanas naik motor beli makanan ganti

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah didera emosi, kena tadah telinga dengar maki hamun suami... Paling tak tahan kaki ungkit tiap kali ‘perang mulut’

Berpegang kepada alasan itu, dia merasakan tidak menjadi kesalahan sekiranya suaminya membantu mengemas rumah ibunya setiap kali pulang ke kampung.

"Rumah mak aku bukan besar pun. Setakat kemas rumah, bersihkan laman dan basuh tandas, takkanlah nak berkira?" katanya lagi.

Namun, hatinya tergores apabila suaminya mencela keluarganya tidak akan berjaya dalam hidup disebabkan sikap pemalas mereka.

  • Seorang wanita bertelingkah dengan suami hanya kerana isu giliran pulang beraya.

  • Pergaduhan bermula apabila dia mengungkit sudah beberapa tahun pulang ke rumah keluarga suami.

  • Suami berang dan menyentuh sikap keluarga wanita itu yang dianggap pemalas, dan dia dipaksa mengemas rumah.

  • Akibat konflik tersebut, hubungan mereka dingin hampir dua minggu.

  • Netizen kebanyakannya menyebelahi suami dan menasihatkan agar dia memperbaiki sikap keluarganya terlebih dahulu.

Disebabkan perkara itu, hubungan mereka kini bertukar dingin apabila sudah hampir dua minggu tidak bertegur sapa.

"Ada tak idea macam mana nak ambil hati suami aku?" luahnya lagi sambil meminta nasihat warga maya.

Di ruangan komen, perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian netizen yang tampil dengan reaksi pelbagai.

Sebahagian daripada komen netizen.

Ramai menyebelahi suami wanita berkenaan dan meminta dia memperbaiki sikap pemalas keluarganya terlebih dahulu.

"Kau paksa dia kemas rumah mak kau yang ada adik-beradik perempuan. Tak ada perasaan kesian pula dekat suami, patut dia tak nak balik.

"Kenapa laki kau pula kena kemas rumah mak kau?

"Dah kau anak beranak pun pemalas, jadi standby saja duit bayar cleaner. Apa yang susah sangat," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain