suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar ajak kekasih sertai majlis konvo, keluarga tak selesa kongsi ‘homestay’ dengan orang luar - “Awek dia tu Islamik”

Majlis konvokesyen sepatutnya menjadi detik bahagia buat seluruh ahli keluarga. -Gambar hiasan AI

SELAGI belum ada ikatan sah, pasangan bercinta perlu menjaga batas dan mengelakkan perkara yang boleh mengundang fitnah.

Menurut seorang individu, keluarganya kini berdepan dilema apabila rencana ke majlis konvokesyen adik lelakinya akan disertai teman wanitanya.

Jelas individu itu, dia sebagai kakak menganggap situasi berkenaan sebagai kurang manis, apatah lagi mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini.

Pasangan bercinta perlu menjaga batas selagi mereka belum dinikahkan. -Gambar hiasan AI

"Kamu rasa beradab tak kalau awek adik aku ikut pergi konvo bersama? Masa nak konvo tu la kami akan pertama kali jumpa dengan dia.

"Awek dia akan ikut pergi konvo adik aku. Tapi keluarga aku kena jemput awek dia dekat rumahnya. Dah la kami tak lalu rumah dia. Macam dua kali kerja.

"Lepas tu, awek dia juga akan tidur dengan keluarga kami. Ingat nak duduk hotel je, tapi sekarang kena tempah inap desa pula. Macam tak malu je," ujar wanita itu.

  • Wanita tular selepas kongsi cerita tentang kekasih adik lelakinya menerusi aplikasi Threads.
  • Kekasih adiknya akan menyertai keluarga mereka untuk menghadiri majlis konvokesyen.
  • Kehadiran teman wanita adiknya menyebabkan mereka sekeluarga perlu menempah inap desa.
  • Ramai netizen minta dia menasihati adik lelakinya kerana perkara berkenaan dianggap tidak sopan.

Menurut individu itu lagi, ibu bapanya juga agak kurang selesa dengan perancangan itu memandangkan mereka belum mempunyai ikatan sah.

"Mak ayah kau izinkan pergi walaupun tiada ikatan lagi? Mak ayah aku sangat tak selesa fasal benda ni. Tapi terpaksa sebab adik aku macam beria sangat.

"Padahal awek dia tu pelajar yang Islamik. Pakaian pun Islamik. Aku macam hilang kata-kata. Tak kisah kalau jumpa dekat dewan konvo nanti je. Tapi sekarang sudah menyusahkan keluarga kami," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 124cm viral selepas kongsi foto konvo, dilabel graduan paling comel! Rupanya ada masalah tulang sejak sekolah menengah

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh gambar konvo rasmi graduan ‘ghaib’ semasa terima skrol, jurufoto beri jawapan... akan lebih teliti

Di ruangan komen, ramai netizen turut memberikan pandangan masing-masing berhubung isu keluarga itu.

"Suruh ayah tegur adik lelaki kamu. Kalau tak ada ikatan, jangan suka-suka bawa perempuan ikut keluarga. Kena ada rasa malu sebagai lelaki.

"Terus terang je cakap keluarga tak selesa sebab belum ada ikatan apa-apa. Tak manis sebenarnya," tulis netizen.

Artikel Lain