Kaum lelaki pastinya mempunyai cara tersendiri membuktikan rasa sayang terhadap pasangan. -Gambar hiasan AI
KASIH sayang terhadap seseorang kadangkala membuatkan individu sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi kehendak insan yang disayangi.Itulah pengalaman dikongsikan seorang lelaki apabila dia sanggup menghabiskan wang terakhirnya semata-mata mahu memenuhi permintaan teman wanitanya. Menurut lelaki itu, dia pernah menghantar sehelai tudung jenis shawl kepada teman wanitanya dengan menaiki e-hailing."Aku pernah hantar shawl dekat girlfriend aku. Datang naik e-hailing tapi aku balik jalan kaki. Tambang RM24 dari rumah aku ke rumah dia.Setiap lelaki sanggup berkorban apa sahaja demi pasangan dicintai. -Gambar hiasan AI"Disebabkan dia nak sangat shawl tu, akhirnya aku habiskan juga la duit aku yang terakhir aku ada ketika itu untuk turutkan apa yang dia nak," ceritanya.Lebih menyedihkan, lelaki itu terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer untuk pulang ke rumah selepas menghantar shawl berkenaan.Namun, pengorbanan tersebut akhirnya tidak membawa kepada hubungan yang diharapkan apabila wanita ini kembali ke pangkuan bekas suaminya.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘angau’ bercinta, rancang nikah janda... Bakal isteri terkejut difitnah guna nasi kangkangARTIKEL BERKAITAN: Janda kerja ‘gomen’ angau bercinta, sanggup ‘bela’ teman lelaki bekas banduan - “Semua mak aku tanggung”"Akhirnya aku balik ke rumah dengan berjalan kaki. Tapi sekarang dia tak jadi isteri aku pun. Dia balik ke bekas suami dia."Yang dia cakap (bekas suami) dia, guna duit dia bagai. Akhirnya aku sedar aku hanya tempat persinggahan," katanya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatkan lelaki berkenaan supaya tidak terlalu berkorban sehingga memudaratkan diri sendiri.Lelaki sanggup habiskan duit terakhir demi tunaikan permintaan teman wanita.Bayar RM24 untuk e-hailing, lelaki terpaksa jalan kaki 10km untuk pulang.Impian berkahwin musnah selepas teman wanita kembali kepada bekas suami.Lelaki sedar dirinya hanya menjadi tempat persinggahan dalam hubungan tersebut.Netizen nasihat jangan berkorban hingga memudaratkan diri sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun, ada juga netizen yang memberikan pandangan berbeza mengenai punca hubungan tersebut berakhir."Jangan buat pengorbanan untuk wanita ajnabi sehingga mudarat diri sendiri. Tak berbaloi pun."Moga kau dapat isteri lagi bagus. Awak layak dapat lebih baik. Ada perempuan dia memang suka jadi punching bag (tempat melepaskan kemarahan atau dilayan buruk)."Tapi aku nampak kenapa dia tinggalkan kau. Kau tak ada duit. Nak belikan shawl pun sampai kau balik jalan kaki. Begitulah kehidupan," komen beberapa netizen.