suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami tak merokok tapi mulut berbau busuk, isteri putus selera nak berkucup mesra - “Tak sanggup hidu udara daripada nafasnya”

Hubungan suami isteri boleh terjejas disebabkan bau mulut pasangan. -Gambar hiasan AI

ALAM rumah tangga bukan sahaja menuntut pasangan menyesuaikan diri dengan sikap dan rutin masing-masing, malah perkara kecil seperti kebersihan diri juga boleh menjadi cabaran besar.

Begitulah dilema seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga apabila mendapati suaminya mempunyai bau mulut yang kronik.

"Saya baru kahwin tapi tak tahan dengan bau mulut pasangan semasa bercium, memang macam ini ke orang-orang yang berkahwin kena hadap?

"Nak tahu juga sebab saya memang tak boleh tahan dengan bau busuk mulut dia," luahnya di Threads.

Mendapatkan rawatan pergigian dapat membantu mengatasi masalah bau mulut. -Gambar hiasan AI

Mendapatkan rawatan pergigian dapat membantu mengatasi masalah bau mulut. -Gambar hiasan AI

Tidak hanya itu, dia turut mengakui tidak sanggup menghidu nafas suaminya dari jarak dekat.

Situasi tersebut membuatkan dia tidak mahu berkucupan dengan pasangan meskipun selepas membersihkan gigi dan mulut.

"Tak tahan baunya, tak sanggup menghidu udara daripada nafasnya dan tidak mahu bercium lagi.

  • Seorang wanita yang baru berkahwin berdepan dilema apabila suaminya mempunyai masalah bau mulut yang kronik.
  • Bau tersebut menyebabkan dia tidak sanggup menghidu nafas suaminya dari jarak dekat sehingga tidak lagi mahu bercium.
  • Pasangan itu pernah membersihkan gigi dan mulut terlebih dahulu sebelum bercium, namun masalah berkenaan masih tidak dapat diatasi.
  • Wanita tersebut semakin hairan mengenai puncanya kerana suaminya bukan perokok.
  • Netizen menyarankan dia membawa suaminya mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian.

"Pernah bersihkan dulu mulut sebelum bercium, tapi tetap tak boleh tahan," luahnya sambil cuba mendapatkan kepastian sama ada sikapnya itu normal atau sebaliknya.

Tambahan pula pengadu menyatakan bahawa suaminya bukanlah seorang perokok, sekali gus membuatkannya semakin hairan mengenai punca masalah tersebut. 

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia membawa suami untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu cerai lepas 10 tahun tahan mulut busuk suami, rasa berdosa gagal ‘bersama’ - “Bau dari jauh pun mual”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita teruja suami bangun tidur, bau mulut ‘sedap gila’! Rupanya ramai isteri ketagih - “Macam baby versi besar”

"Ajak suami pergi buat dental scalling, kalau dia tak mahu sebab bajet lari... sis cakap nak belanja.

"Sebenarnya sebelum berkahwin kita dah kena bersedia untuk terima bau-bauan pelik dari pasangan.

"Suruh dia makan gula-gula getah atau apa sahaja sebelum bercium," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain