suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak tak puas hati layanan ibu... Sudah tahu tengah datang bulan, tetap paksa ke surau tolong basuh pinggan lepas tahlil

Anak-anak pasti rasa bersalah jika mengingkari arahan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

RASA terkilan dengan layanan ibu sendiri bukan bermaksud seorang anak tidak menghargai segala pengorbanan dilakukan untuk keluarga.

Namun satu situasi berlaku pada seorang wanita ini membuatkan dia berasa kurang senang selepas si ibu memintanya untuk membantu mengemas di sebuah surau.

Majlis tahlil dan doa selamat tersebut diadakan sempena adiknya yang khatam al-Quran, namun wanita itu tidak dapat ke surau kerana sedang datang bulan.

Wanita yang sedang datang bulan biasanya mengalami perubahan emosi dan mood. -Gambar hiasan AI

"Bukan untuk ajak makan tapi untuk suruh saya basuh pinggan dan kemas selepas selesai majlis.

"Saya macam ha pergi surau untuk kemas je? Kemudian saya tengok mak tarik muka dengan saya," ceritanya dalam hantaran di Threads.

Dia bagaimanapun menegaskan dirinya bukan sengaja mahu mengelak daripada membantu, apatah lagi menganggap mengemas selepas majlis sebagai satu perkara yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa tak berbaloi bagi AJK masjid urus majlis tahlil, hulur RM1,000 tapi makanan ‘sedih’ - “Jemaah tak sampai 100 orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap tahun wanita India ini tak pernah ‘missed’ datang surau, “Dia sedekah, hantar borang minta buat tahlil...”

Namun pada masa sama, dia turut mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan termasuk menguruskan rumah.

"Saya tak tahu la tindakan saya itu melampau ke apa sebab dia ada dua anak jantan pergi surau tapi masih minta tolong saya.

"Saya tahu pertolongan itu satu benda baik tapi saya perlu kemas rumah, lipat kain dan basuh pinggan. Jadi adil la kan untuk saya kecualikan diri untuk tak tolong," jelasnya lagi.

  • Anak perempuan terkilan apabila diminta ke surau untuk mengemas selepas majlis tahlil.
  • Wanita persoal kenapa dirinya diminta membantu sedangkan dua anak lelaki turut ke surau.
  • Bukan enggan membantu, cuma wanita itu rasa tugas mengemas boleh dikongsi bersama.
  • Wanita akui serba salah selepas ibunya tarik muka apabila dia menunjukkan reaksi kurang senang.
  • Pengadu luah persoalan mengenai layanan berbeza terhadap anak lelaki dan perempuan.

Baginya, persoalan utama bukanlah mengenai kerja mengemas, tetapi rasa seolah-olah tanggungjawab itu lebih mudah diletakkan ke atas anak perempuan.

"Padahal dekat surau tu ada je geng-geng surau yang boleh tolong kemas. Lagipun kenduri tahlil pun ada famili lain sambut bersama.

"Jadi mungkin keluarga mereka boleh tolong kemas. Saya tak tahu la, rasa macam tengah buntu. Saya tahu ia perkara baik tapi dia pun ada anak-anak lain juga kan," katanya lagi.

Artikel Lain