suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kisah lampau diungkit dalam grup famili! Wanita terkilan bantuan RM2,000 jadi ‘senjata’ pakcik putuskan hubungan, panggilan pun tidak berjawab

Sesiapa sahaja pasti akan sedih dan kecewa apabila kemiskinan hidup dijadikan bahan umpatan. -Gambar hiasan AI

BANTUAN diterima ketika berdepan kesusahan boleh menjadi sesuatu yang amat bermakna dan dikenang sepanjang hayat.

Namun bagi sebuah keluarga ini, pertolongan untuk melangsaikan tunggakan bayaran kereta berjumlah RM2,000 beberapa tahun lalu akhirnya menjadi bahan ungkitan sehingga hubungan persaudaraan terputus.

Lebih menyedihkan, bantuan yang pada awalnya dianggap sebagai rezeki, kini didakwa digunakan untuk memalukan mereka kerana hidup dalam kesusahan.

Meluahkan rasa terkilan, wanita ini berkata, keluarganya mempunyai tunggakan bayaran kereta berjumlah RM2,000 beberapa tahun lalu.

Sesiapa sahaja pasti sedih dan kecewa apabila kemiskinan menjadi bahan cercaan umum. -Gambar hiasan AI

Sesiapa sahaja pasti sedih dan kecewa apabila kemiskinan menjadi bahan cercaan umum. -Gambar hiasan AI

Ekoran daripada itu, bapa saudaranya menawarkan diri untuk mendahulukan bayaran kerana mengetahui keadaan kewangan mereka ketika itu tidak begitu stabil.

"Pakcik aku tawarkan nak bayar dahulu sebab keluarga aku memang agak susah dan tidak mempunyai duit ketika itu.

"Jadi kami setuju dan mak beritahu yang kami akan bayar balik sedikit demi sedikit mengikut kemampuan," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Mengenangkan situasi kewangan mereka ketika itu, bapa saudaranya menyatakan wang tersebut tidak perlu dibayar semula kerana dia ikhlas mahu membantu.

  • Sebuah keluarga terkilan apabila bantuan RM2,000 untuk melangsaikan tunggakan bayaran kereta beberapa tahun lalu diungkit semula.
  • Bapa saudara wanita itu pada awalnya menawarkan diri mendahulukan bayaran kerana mengetahui keadaan kewangan mereka tidak stabil.
  • Lelaki berkenaan kemudian memberitahu wang itu tidak perlu dibayar semula kerana ikhlas membantu.
  • Tanpa sebarang perselisihan faham, bapa saudaranya memutuskan hubungan kekeluargaan.
  • Netizen mengesyaki wujud individu yang menjadi batu api, manakala sebahagian lagi menasihati keluarga tersebut membayarnya semula secara penuh.

Tidak hanya itu, dia diminta merahsiakan bantuan berkenaan daripada ahli keluarga lain bagi mengelakkan timbul perasaan iri hati.

Namun tanpa diduga, bantuan yang pernah dihulurkan itu, tiba-tiba diungkit kembali dalam kumpulan WhatsApp keluarga biarpun mereka tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengannya.

"Pakcik tiba-tiba hantar dalam WhatsApp keluarga dan secara terang-terangan memang tuju pada keluarga aku. Kitaorang tak ada bergaduh pun dengan dia, jadi terkejut lepas baca.

"Mak cuba hubungi dia, tapi dia batalkan dan terus hantar mesej tak perlu hubungi, mulai hari ini aku anggap kita tiada apa-apa hubungan dah," luahnya yang turut terkesima dengan mesej diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: Diejek di sekolah sebab dapat bantuan RMT, cara si ibu 'psiko' pemikiran anak dipuji - "Kita bukan miskin"

ARTIKEL BERKAITAN: “Jual diri ke biar dapat duit” - Mak baru 4 hari meninggal, gadis sayu mesej minta bantuan ibu saudara dibalas herdikan

Adunya lagi, sehingga kini dia mengakui masih tidak mengetahui punca atau kesilapan yang dilakukan sehingga hubungan kekeluargaan yang harmoni boleh bertukar renggang.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya beranggapan terdapat individu yang menjadi batu api.

"Takut ada batu api yang petik keluarga kau dan kutuk-kutuk dia, tak akanlah orang nak merentan tiba-tiba.

"Jangan bayar sikit-sikit tapi kumpul sampai cukup RM2,000 dan terus bayar penuh. Pastikan bayar ada saksi," antara komen netizen. 

Artikel Lain