suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita datang ‘interview‘ bawa anak, pengalaman 10 tahun kendali mesin kilang tak bererti kerana tiada SPM

Tahap pendidikan merupakan syarat utama yang ditetapkan dalam permohonan kerja. -Gambar hiasan AI

RAMAI individu dengan kemahiran dan pengalaman bekerja 'hilang' peluang hanya kerana tidak mempunyai kelayakan akademik ditetapkan syarikat.

Lebih menyedihkan, kekurangan tersebut disebabkan mereka terpaksa melupakan pelajaran demi mencari rezeki dan menjaga keluarga.

Begitu juga situasi dilalui seorang wanita yang hadir ke sesi temu duga bersama anak berusia tujuh tahun.

Kisah itu dikongsikan seorang penemuduga yang tersentuh melihat anak calon tersebut menemani ibunya dalam pakaian seragam sekolah menunggu seorang diri di luar pintu pejabat.

Setiap calon perlu menunjukkan keyakinan ketika menghadiri sesi temu duga. -Gambar hiasan

Setiap calon perlu menunjukkan keyakinan ketika menghadiri sesi temu duga. -Gambar hiasan

"Calon ini beritahu dia bawa anak sebab tiada siapa nak jaga anaknya sebab mak dia sedang sakit," kongsinya di Threads.

Menurut wanita ini, apa lebih mengejutkan resume ibu muda terbabit kosong kerana tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik berikutan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Meskipun kekurangan dari segi pendidikan, namun katanya, calon terbabit mempunyai pengalaman luas mengenai mesin dan jentera kilang.

  • Seorang wanita hadir ke sesi temu duga bersama anaknya berusia tujuh tahun yang masih memakai seragam sekolah.
  • Calon terbabit tidak memiliki kelayakan SPM kerana terpaksa bekerja sejak berusia 17 tahun demi menanggung keluarga.
  • Meskipun resume kosong, dia mempunyai pengalaman selama sembilan tahun bekerja di kilang dan mahir mengendalikan pelbagai mesin.
  • Penemuduga cuba menyerahkan namanya kepada pihak atasan bersama nota sokongan, namun permohonannya tidak dapat dipertimbangkan.
  • Calon itu turut menolak pemberian RM10 kerana menegaskan dia hadir untuk mencari pekerjaan, bukannya meminta sedekah.

"Jawatan yang dibuka itu memang syaratnya SPM sahaja cuma calon ini tidak lepas. Tapi dia tahu semua jenis mesin sebab pernah kerja kilang selama sembilan tahun.

"Aku ada tanya dia kenapa tak sambung belajar dan dia jawab cik, masa tu saya 17 tahun dan kena kerja, sekarang mak saya sakit, saya kena jaga," ujarnya mendedahkan punca wanita terbabit tidak mempunyai sijil SPM.

Turut tersentuh mendengar kesukaran hidup calon tersebut, dia mengambil keputusan untuk menyerahkan nama kepada pihak atasan bersama sedikit nota dengan harapan wanita berkenaan diberikan peluang.

Namun permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan kerana syarat kelayakan akademik ditetapkan perlu dipatuhi.

ARTIKEL  BERKAITAN: Calon ‘interview’ dah lama ‘terpacak’ luar bilik disangka tak hadir! Penemu duga tertipu, pesan gambar resume jangan guna filter

ARTIKEL  BERKAITAN: Calon usung mak ayah datang temu duga kerja, siap ikut masuk bilik HR... Wanita serba salah nak tegur suruh keluar

"Aku bagi RM10 untuk makan tapi calon ini tak mahu sebab dia cakap bukan datang untuk meminta-minta," ceritanya sayu.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut meluahkan rasa simpati dengan nasib dialami calon temuduga berkenaan.

"Sedih baca, semoga dipermudah urusan calon tersebut, cerita-cerita macam ini memang buat diri insaf," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain