suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah tolong cebok, mandikan mentua sakit... Kebaikan menantu wanita ini akhirnya dibalas fitnah curang!

Tak dinafikan wujud ibu mentua yang suka mencari salah menantu. -Gambar hiasan AI

TUGAS menjaga ibu bapa mentua yang uzur bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan tahap kesabaran dan pengorbanan yang tinggi daripada seorang menantu.

Seorang wanita berkongsi pengalamannya yang pernah menjaga ibu bapa mentua ketika dimasukkan ke hospital pada awal perkahwinannya.

Menurutnya, dia menawarkan diri untuk menjaga mereka selepas melihat adik iparnya jatuh sakit akibat terlalu penat menemani mereka di hospital.

Menantu perlu bersabar dalam berdepan ibu mentua yang banyak kerenah. -Gambar hiasan AI

Menantu perlu bersabar dalam berdepan ibu mentua yang banyak kerenah. -Gambar hiasan AI

"Masa awal kahwin, mak dan ayah mentua bergilir-gilir sakit. Mula-mula mak mentua masuk hospital sebab darah tinggi.

"Saya tawarkan diri untuk jaga dia di hospital. Saya yang tolong bersihkan, basuh berak dan mandikan dia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkedu suami bantu mengemas disindir ibu mentua, dianggap macam ‘lembu kena cucuk hidung’

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menantu

Selepas kira-kira tiga hari dirawat, ibu mentuanya dibenarkan pulang sebelum bapa mentuanya pula dimasukkan ke hospital seminggu kemudian akibat masalah jantung.

Ketika itu, dia sekali lagi membantu dengan membawa ibu mentua ke hospital setiap hari untuk menziarahi si suami.

"Saya ingat apa yang saya buat itu sudah betul. Yalah, nak sesuaikan diri dengan keluarga suami," katanya.

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika tinggal bersama keluarga mentua, wanita itu mengajak suaminya berpindah dan menyewa rumah sendiri.

"Sebab kat rumah mentua masih ada adik ipar lelaki, letih nak jaga aurat... dalam bilik baru boleh buka tudung.

"Jadinya, masa anak sulung lahir, kami duduk rumah sendiri walaupun menyewa. Sejak tu suami dah tak bagi saya kerja, dia suruh saya jadi suri rumah dan jaga anak," katanya.

Walaupun tidak lagi tinggal bersama, dia masih menghubungi ibu mentuanya setiap hari menerusi panggilan telefon dan video untuk bertanyakan khabar.

Namun lama-kelamaan, dia mendakwa pesanan ibu mentuanya mula berubah sehingga menyentuh soal kesetiaan terhadap suami.

"Dia pesan kalau duduk seorang diri jangan bawa masuk jantan. Saya tanya kenapa dia cakap macam tu. Dia cuma kata itu cuma pesanan," katanya.

  • Wanita pernah menjaga ibu dan bapa mentua yang sakit.
  • Dia sanggup mengurus dan memandikan ibu mentua di hospital.
  • Hubungan berubah selepas dia berpindah ke rumah sendiri.
  • Ibu mentua didakwa sering menyindir dan mempersoalkan kesetiaannya.
  • Wanita tetap mendoakan urusan ibu mentuanya yang kini sakit dipermudahkan.

Sejak kejadian itu, wanita berkenaan mula mengurangkan panggilan telefon dan video, namun masih mengikut suaminya pulang bertemu keluarga mentua setiap minggu.

Menurutnya, dia turut berdepan sindiran setiap kali mahu pulang ke kampung sendiri termasuk dikaitkan dengan bekas teman lelaki.

"Kalau saya balik kampung lama sedikit, nanti dia cakap, Seronoklah balik kampung, jumpa teman lelaki lama, boleh keluar dating.

"Sampai satu tahap, kalau nak balik kampung pun tangan saya menggeletar dan dada berdebar memikirkan apa lagi pesanan yang akan saya dengar," katanya.

Wanita itu berkata, dia pernah mengadu mengenai perkara tersebut kepada suaminya, namun diminta bersabar kerana usia ibunya yang semakin lanjut.

"Sekarang ibu mentua saya masih tak boleh bangun sebab terjatuh. Hari-hari saya doa, urusan dia dipermudahkan," katanya.

Artikel Lain