suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tegur imam berzikir guna pembesar suara hingga ganggu jemaah masbuk... Nyaris terikut selawat ketika tahiyat!

Bacaan zikir menggunakan pembesar suara didakwa boleh mengganggu jemaah yang masih solat. -Gambar hiasan AI

BUKAN semua yang hadir ke masjid berpeluang menunaikan solat secara berjemaah tepat pada waktunya, malah ada yang tiba lewat sehingga perlu menyempurnakan baki rakaat (masbuk) secara bersendirian.

Seorang lelaki meluahkan rasa kurang selesa apabila mendakwa amalan berzikir menggunakan pembesar suara sejurus selepas imam memberi salam boleh mengganggu tumpuan jemaah masbuk yang masih bersolat.

Menurut lelaki itu, imam seharusnya terlebih dahulu melihat keadaan jemaah di belakang sebelum memulakan zikir dengan suara kuat menggunakan mikrofon.

Terdapat beberapa perkara lain yang boleh menghilangkan kusyuk ketika beribadah. -Gambar hiasan AI

Terdapat beberapa perkara lain yang boleh menghilangkan kusyuk ketika beribadah. -Gambar hiasan AI

"Kebanyakan imam masjid di Malaysia ini tak pernah hormat jemaah yang masbuk. Lepas salam sepatutnya imam toleh ke belakang, perhatikan ada atau tidak jemaah masbuk.

"Janganlah terus berzikir guna mikrofon. Tak salah pun tanggalkan mikrofon, zikir secara perlahan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tengah solat hilang khusyuk, warga emas tak dikenali selamba dukung dan cium anak tanpa izin

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai seminit sebelum ‘break’ solat, wanita cantik tetap berkeras nak ‘dine in’ - “Sekarang 12.29, tak boleh order?”

Dia berharap perkara itu dapat diberikan perhatian supaya jemaah yang masih menyempurnakan solat dapat beribadat dengan lebih tenang dan khusyuk.

Lelaki berkenaan turut berkongsi pengalamannya sendiri apabila pernah tiba lewat untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah sehingga hanya sempat menyertai imam ketika tahiyat akhir.

"Aku pernah jadi masbuk, masuk saja dah tahiyat akhir. Waktu Maghrib, aku cuba khusyuk tapi agak payah.

"Yang paling aku gementar sampai ahli kariah dah buat pusingan untuk mereka berselawat. Aku pula berada di tengah-tengah bulatan mereka," katanya.

Tambahnya, keadaan menjadi semakin mencabar apabila bacaan selawat kedengaran jelas ketika dia sedang membaca tahiyat akhir.

"Waktu itu aku dah tahiyat akhir, otak dah jadi tak betul nak baca tahiyat sebab sambil-sambil itu telinga dengar mereka berselawat. Aku pun sampai nyaris nak terikut-ikut," katanya.

  • Lelaki mendakwa zikir kuat boleh mengganggu jemaah masbuk.
  • Dia pernah hilang fokus ketika menyempurnakan solat Maghrib.
  • Ahli kariah ketika itu sudah membentuk bulatan untuk berselawat.
  • Mufti Wilayah menjelaskan zikir dengan suara kuat secara umumnya diharuskan.
  • Imam dinasihatkan tidak berwirid terlalu kuat sehingga mengganggu orang yang masih bersolat.

Susulan pengalaman tersebut, dia berharap pihak masjid lebih peka terhadap keberadaan jemaah masbuk dengan memperlahankan zikir atau tidak menggunakan pembesar suara sementara mereka masih menyempurnakan solat.

Sementara itu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) memaklumkan secara umumnya berzikir dengan kuat itu adalah diharuskan. 

Jelasnya, di sisi mazhab Syafie disunatkan untuk berzikir setelah menunaikan solat fardu secara perlahan melainkan jika bertujuan untuk mengajar makmum.

"Menurut Imam al-Mutawalli pandangan tersebut hanya berlaku di masjid yang dihadiri oleh jemaah yang sama setiap masa.

"Realitinya masjid di Malaysia sentiasa dihadiri oleh orang yang berbeza sehingga uruf di Malaysia kebanyakan masjid akan melakukan zikir secara kuat bagi mengajar setiap orang yang datang ke masjid tersebut," katanya.

Walau bagaimanapun JMWP menasihatkan orang ramai terutamanya para imam agar tidak berwirid setelah solat dengan suara yang sangat kuat sehingga boleh mengganggu orang yang sedang solat. 

"Selain itu, tidak sepatutnya perkara ini dijadikan sebab pertelingkahan kerana dalam sebuah kaedah fiqh: Tiada pengingkaran dalam perkara yang diperselisihkan oleh ulama (khilaf)," katanya.

Artikel Lain