suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tengah solat hilang khusyuk, warga emas tak dikenali selamba dukung dan cium anak tanpa izin

Solat menjadi tidak khusyuk apabila berlaku kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan AI

ANAK adalah segala-galanya buat ibu bapa, justeru soal keselamatan mereka menjadi keutamaan dalam apa juga keadaan.

Seorang wanita meluahkan rasa marah selepas anaknya didukung dan dicium oleh seorang wanita warga emas ketika dia sedang menunaikan solat di sebuah masjid tanpa mendapat kebenarannya.

"Aku tengah solat, baru rakaat pertama. Tiba-tiba makcik itu dari saf depan datang ke belakang dan terus ambil anak aku tanpa izin.

Meletakkan anak dihadapan ketika solat memudahkan ibu memantau keselamatan anak. -Gambar hiasan AI

Meletakkan anak dihadapan ketika solat memudahkan ibu memantau keselamatan anak. -Gambar hiasan AI

"Aku nampak dia ambil anak aku tapi aku tak boleh nak bangun sebab tengah solat. Anak aku pula memang tengah mengantuk dan baru nak tidur," katanya.

Wanita itu berkata, apa membuatkan dia lebih berang, individu tersebut berulang kali mencium pipi anaknya.

"Sumpah hilang khusyuk aku. Selesai solat, aku terus buka telekung dan pergi ambil anak aku balik. Memang muka orang tengah tahan marah," katanya.

Tidak berdiam diri, dia turut menegur tindakan warga emas tersebut kerana menganggap perbuatannya itu sebagai tidak beradab dan berisiko.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis baru putus cinta belum ‘move on’, rimas makcik kilang paksa WhatsApp anak saudara - “Dia buat solat istikharah nampak muka saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai seminit sebelum ‘break’ solat, wanita cantik tetap berkeras nak ‘dine in’ - “Sekarang 12.29, tak boleh order?”

"Kalau nak tengok bayi, tengok. Nak tegur, tegur. Nak dukung, tanya. Bukan sebab kau seorang makcik, kau boleh main ambil anak orang sesuka hati.

"Aku tak tahu kau sihat ke tak. Kau basuh tangan ke tak. Paling penting aku tak pernah bagi izin.

"Aku marah sebab kau rasa kau berhak ambil anak aku tanpa izin. Tua bukan bermaksud boleh buat sesuka hati dekat anak orang," ujarnya.

Perkongsian itu menarik perhatian warga maya yang menyarankan agar wanita itu berhenti solat untuk menyelamatkan anaknya terlebih dahulu sebelum menunaikan sembahyang semula.

  • Ibu terkejut anaknya diambil wanita warga emas ketika sedang solat.
  • Bayi berkenaan turut dicium pipi berulang kali tanpa kebenaran.
  • Wanita itu mengaku hilang khusyuk namun menunggu sehingga selesai solat.
  • Dia menegaskan sesiapa sahaja perlu meminta izin sebelum mendukung anak orang.
  • Netizen pula berpendapat ibu itu sepatutnya menghentikan solat demi keselamatan anak.

"Solat boleh dibuat semula. Anak kalau orang lain pegang dan bawa lari dari masjid siapa nak tanggung?

"Awak dah tak kusyuk dah pun, dah kira macam darurat. Bayangkan makcik tu terus bawa lari anak keluar?

"Kalau saya dalam situasi itu memang akan terus berhenti solat," komen warga maya.

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk