suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati wanita remuk dipanggil miskin, tak salahkan mulut lancang rakan anak... Persoal didikan ibu bapa tentang adab bertandang ke rumah orang

Setiap ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak. -Gambar hiasan AI

REMUK hati seorang ibu apabila terdengar anaknya dilabel sebagai 'miskin' oleh rakan-rakannya yang datang bermain ke rumah mereka.

Tidak hanya itu, kanak-kanak tersebut mahu menyebarkan kemiskinan anaknya kepada orang lain.

Bagaimanapun dia tidak menyalahkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya mempersoalkan bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak tentang adab bertandang ke rumah orang lain. 

Ibu bapa perlu mendidik anak supaya jaga adab dan pertuturan ketika berkunjung ke rumah rakan-rakan. -Gambar hiasan AI

"Mungkin dia belum faham kata-kata itu boleh melukakan hati orang lain. Soalan saya untuk ibu bapa yang berasal daripada keluarga berada atau anak-anaknya memang sejak kecil hidup senang.

"Macam mana anda semua ajar anak supaya tak mengejek, memandang rendah atau berasa lebih tinggi daripada orang yang kurang berkemampuan?

"Anak hidup senang bukan satu kesalahan tapi mengajar untuk tetap merendah diri, menghormati dan tahu nilai seseorang bukan diukur daripada rumah, duit atau apa yang ada," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid mulut lancang tegur ibu rakan melaram, mekap tebal - “Jangan sampai mama datang tepuk mulut dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ malu penyelia lelaki tegur badan berbau busuk, rakan-rakan pun tak pernah ‘complaint’ - “Mulut mereka lagi lancang”

Menurut wanita itu, sebelum kejadian berkenaan, dia pernah membenarkan anaknya pergi bermain di rumah rakannya yang dikatakan berasal daripada keluarga berada.

Namun apabila rakan anaknya meminta izin untuk datang bermain di rumahnya, dia mengakui berasa sedikit berat hati kerana bimbang tetamu kecil itu tidak selesa dengan keadaan kediamannya.

"Memang kawan dia ini daripada keluarga berada. Bila dia minta izin dengan saya nak datang, hati saya agak berat sebenarnya. Saya takut dia tak selesa dengan keadaan rumah kami. 

  • Anak dilabel miskin selepas rakan datang bermain di rumahnya.
  • Ibu terkilan namun tidak menyalahkan kanak-kanak itu sepenuhnya.
  • Keadaan rumah sederhana dipercayai menjadi punca tanggapan tersebut.
  • Dia persoal cara ibu bapa mendidik anak agar tidak memandang rendah orang lain.
  • Tegasnya, nilai seseorang bukan diukur melalui rumah atau kekayaan.

"Rumah saya tak ada aircond, cuaca sekarang pula panas terik, kipas rumah pun kebetulan rosak. Saya siap pesan dekat anak mummy takut kawan awak tak selesa datang rumah kita.

"Tapi dia yakinkan anak saya yang dia okey je. Mak kawan anak saya pun ada mesej saya yang anaknya nak datang bermain. Jadi saya tak mampu nak tolak," katanya lagi.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut menjelaskan dirinya bukanlah hidup dalam kemiskinan seperti disangka sebaliknya, mereka menjalani kehidupan secara sederhana.

Artikel Lain