PEKERJA yang baru menyertai sesebuah syarikat pastinya mengharapkan tunjuk ajar senior untuk memastikan segala tugasan dapat disempurnakan sebaiknya.Namun, seorang pemuda mendakwa dia berdepan situasi sebaliknya apabila ada senior yang kurang senang dengan kehadirannya. Menurutnya, dia mengharapkan tunjuk ajar daripada orang lama memandangkan baru sebulan menyertai organisasi itu. Tekanan tempat kerja boleh menyebabkan seseorang hilang semangat untuk menjalani kehidupan. -Gambar hiasan AI"Aku setiap hari kena marah dengan senior. Aku baru kerja sebulan. Dia ingat aku boleh buat kerja laju macam dia ke?"Setiap hari dia macam nak marah bila kena ajar aku. Dia siap merengus lagi. Aku sumpah tak tahan," luahnya di Threads.Dalam hantaran sama, pemuda itu turut meminta pendapat netizen sekiranya dia patut berhenti daripada syarikat berkenaan.Pemuda tular selepas kongsi realiti di tempat kerja baharunya.Dia mengadu dimarahi senior ketika diberi tunjuk ajar tentang kerja.Dia mendakwa senior itu merengus kerana geram dengan kelemahannya.Netizen berkata itulah realiti sebenar selepas seseorang masuk dunia kerja.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sejujurnya saya memang jenis manja sikit. Tak boleh kena marah. Sebab mak ayah saya pun tak pernah marah sampai macam tu sekali," ujarnya lagi.Di ruangan komen, ramai netizen memberi saranan agar pemuda itu menguasai kemahiran kerjanya secepat mungkin supaya tidak menyusahkan kakitangan lain."Biasalah senior semua benda nak laju. Dia tak sedar, masa mula-mula kerja dulu dia pun lembab juga.ARTIKEL BERKAITAN: Dunia F&B memang kejam! Staf ‘koyak’ hadap perangai pelanggan cuai, tambah kerja kena mop lantai melekit!ARTIKEL BERKAITAN: Minta gaji RM5,000 tapi soalan asas pun tak boleh jawab... Penemu duga ‘kagum’ calon Gen Z berangan tahap maksimum!"Awak kena belajar sendiri. Bila orang ajar, awak kena salin dan cuba ingat. Satu bulan tu masa yang lama. Ini bukan tugasan berkumpulan di universiti."Marah tu boleh. Tapi kalau dah sampai tahap maki dan hina, boleh laporkan ke bahagian Sumber Manusia (HR)."Kalau awak jenis lembab, itu bukan salah dia. Sekarang semua kerja nak cepat," tulis netizen.