HANYA kerana kerap memakaikan anak perempuannya gaun, seorang ibu ditegur jiran yang bimbang kanak-kanak itu akan membesar menjadi terlalu feminin dan tidak lasak.Teguran tersebut membuatkan wanita berkenaan kehairanan kerana baginya, pemilihan pakaian tidak menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu aktif atau sebaliknya. Menceritakan pengalaman tersebut, ujarnya, kejadian berlaku ketika dia berkunjung ke rumah jirannya bersama kanak-kanak terbabit."Semasa pergi rumah jiran, boleh pula dia tegur jangan pakaikan anak perempuan gaun selalu. Nanti anak jadi tak lasak dan terlalu ‘girly’," luahnya menerusi satu hantaran di Threads.Segelintir individu gemar menegur setiap tingkah laku jirannya. -Gambar hiasan AITampil mempertahankan pilihan pakaian, dia kemudian menegaskan bahawa tidak salah untuk anak perempuannya tampil feminin.Malah dia turut mempersoalkan kaitan antara pakaian yang digunakan dengan tahap keaktifan seseorang kanak-kanak."Anak aku perempuan, memanglah kena ‘girly’. Apa kena-mengena pemakaian anak aku dengan dia jadi lasak atau tidak?" ajunya yang masih kehairanan dengan kata-kata jiran terbabit.Bagi memperlihatkan sikap dan tingkah laku anak perempuannya itu, dia kemudian turut memuat naik gambar yang memaparkan kanak-kanak itu sedang memanjat tangga.Seorang ibu ditegur jirannya kerana kerap memakaikan anak perempuan dengan gaun sehingga dikhuatiri menjadi terlalu feminin dan tidak lasak.Wanita itu hairan kerana berpendapat pemilihan pakaian tidak menentukan personaliti atau tahap keaktifan kanak-kanak.Dia mempertahankan pilihannya dan menegaskan tiada masalah untuk anak perempuannya bergaya feminin.Ibu tersebut membuktikan anaknya tetap aktif apabila kanak-kanak itu memanjat tangga sambil memakai gaun untuk membantu bapanya membaiki penyaman udara.Netizen bersetuju bahawa kanak-kanak yang sememangnya aktif akan tetap lasak tanpa mengira pakaian yang dikenakan.Ringkasan ini dijana oleh AISeolah-olah memberi sindiran balas, wanita ini menyatakan anaknya tetap lasak walaupun mengenakan gaun."Tengok anak aku pakai gaun pun panjat tangga sebab nak tolong ayah dia betulkan penyaman udara."Anak sulung aku yang lelaki pula tengah panjat tingkap, nak suruh panjat bumbung ke baru tahu lasak atau tidak?" ajunya secara berseloroh.ARTIKEL BERKAITAN: Anak jiran buat kereta macam playground, mustahil tak sengaja! Pemilik niat nak tegur mak ayahnya demi kebaikanARTIKEL BERKAITAN: Wanita hambat balik anak-anak jiran, geram perangai kurang ajar! Tak cukup buka peti sejuk ambil makanan, siap selongkar bilik tidurPerkongsian itu secara tidak langsung mencetuskan persoalan mengenai tanggapan bahawa pemilihan pakaian tertentu boleh mempengaruhi personaliti dan tahap keaktifan kanak-kanak.Tidak kurang juga yang menyatakan akan melakukan perkara sama seperti pengadu sekiranya mempunyai anak perempuan."Aku kalau ada anak perempuan pun memang akan pakaikan baju princess setiap hari, baju mereka comel-comel."Sejak bila pula kanak-kanak faham perbezaan kesesuaian baju? Pakaikan je, kalau memang aktif, pakai gaun pun memanjat pokok," demikian reaksi netizen.