suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sikap ibu bapa berubah 360 darjah, marah wang bulanan RM2,000 dihentikan... Wanita kecil hati dianggap ‘anak tak boleh diharap’

Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan anak sebagai 'skim persaraan' sehingga membebankan. -Gambar hiasan AI

SEPULUH tahun konsisten memberi wang bulanan kepada ibu bapa, seorang wanita terkilan apabila dianggap 'anak tidak boleh diharap' selepas dia terpaksa menghentikan pemberian tersebut buat sementara waktu.

Jelas wanita itu, dia bukan sengaja sebaliknya dia sedang menganggur dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Namun dia tidak menyangka hanya disebabkan perkara tersebut layanan ibu bapa terhadapnya berubah sekelip mata seolah-olah dia seorang anak tidak berguna.

"Saya sudah bekerja selama 10 tahun dan tidak pernah sekali pun putus bagi duit tapi sekarang saya baru berhenti kerja disebabkan hal-hal tertentu. 

Sokongan pasangan penting dalam membina perniagaan. -Gambar hiasan AI

Sokongan pasangan penting dalam membina perniagaan. -Gambar hiasan AI

"Sikap ibu bapa terus berubah dan meminta saya mencari pekerjaan baru sedangkan saya ini sudah berkahwin dan 100 peratus ditanggung (suami)," luahnya di Threads.

Ceritanya, sebelum ini dia memberikan wang sebanyak RM2,000 sebulan kepada ibu bapanya dan kini sedang mengusahakan perniagaan sendiri.

"Saya sudah beritahu sedang buat bisnes, mungkin tiga bulan kedepan baru boleh mula bagi duit bulanan macam biasa.

"Itupun mereka persoal habis itu kami nak makan apa? Nak kitaorang mati ke?" ujarnya berkongsi kata-kata 'pedih' ibu bapa kepadanya.

  • Seorang wanita terkilan apabila ibu bapanya menganggap dirinya tidak boleh diharap selepas pemberian wang bulanan terhenti sementara kerana dia berhenti kerja.
  • Sepanjang 10 tahun bekerja, dia tidak pernah putus menghulurkan RM2,000 sebulan, kira-kira 30 peratus daripada gajinya.
  • Dia meminta masa sekitar tiga bulan untuk kembali memberikan wang kerana baru memulakan perniagaan, namun menerima sindiran daripada ibu bapanya.
  • Ibu bapanya didakwa sering menganggap pemberian itu tidak mencukupi, sedangkan seorang lagi anak langsung tidak memberikan wang kepada mereka.
  • Hantaran itu mengundang simpati netizen yang menyifatkan ibu bapanya tidak bersyukur serta menghargai pengorbanan wanita tersebut selama ini.

Rasa tidak puas hati itu juga turut membongkar perkara lain apabila ibu bapanya turut mengungkit wang RM2,000 diberikan sebelum ini sebenarnya tidak mencukupi.

"Mereka selalu cakap tak cukup sedangkan anak seorang lagi langsung tak bagi apa-apa pun lepas mak dan ayah bersara awal ketika umur mereke 48, 50 tahun.

"Hampir 12 tahun mereka tak buat apa-apa dan sepanjang tempoh itu saya yang sara mereka.

"Ini kali pertama ada hiccup dalam hidup dan mereka cakap ingatkan boleh harapkan anak, ini tak boleh harap," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman belajar korban biasiswa, masa kerja wajib serah RM2,000 sara keluarga... Anak sulung luah makin lelah - “Semua sebab ayah aku!”

ARTIKEL BERKAITAN: Terikat tanggungjawab sara mak ayah uzur, bujang 37 tahun pasrah impian bina keluarga makin samar... Gaji pun cukup makan!

Hantaran dibuat itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang menganggap ibu bapa wanita tersebut tidak tahu bersyukur.

Tidak kurang juga merasakan wanita itu hanya disayangi disebabkan wang bulanan yang diberikan.

"Mentaliti yang paling bahaya ialah bantuan atau pemberian dan sedekah itu dianggap wajib.

"RM2,000 sebulan selama hampir 10 tahun tu dah dekat suku juta, awak dah buat yang terbaik dan melebihi, lagipun awak anak perempuan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain