suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak kongsi ujian sebagai ‘caretaker’, luluh dituduh mahu bunuh ibu sendiri - “Apa mereka cakap tak boleh percaya sangat”

Keuzuran dan tahap kesihatan yang semakin merosot menyebabkan segelintir warga emas akan mengeluarkan tuduhan di luar jangkaan. -Gambar hiasan AI

MENJAGA ibu bapa dalam keadaan uzur bukan tugas mudah apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah mereka yang diluar jangkaan.

Bergelar penjaga atau caretaker sememangnya tidak mudah apatah lagi sekiranya ibu bapa menunjukkan simptom penyakit alzheimer.

Hantaran mengenai seorang warga emas yang hadir seorang diri unit kecemasan kerana anak-anaknya didakwa enggan membawanya ke hospital mendapat perhatian seorang wanita.

Setiap anak pasti akan berusaha untuk menjaga ibu bapanya yang sudah uzur. -Gambar hiasan AI

Setiap anak pasti akan berusaha untuk menjaga ibu bapanya yang sudah uzur. -Gambar hiasan AI

Sebagai seorang yang sedang memikul tugas sebagai caretaker kepada ibunya dia tidak terburu-buru menghakimi anak-anak wanita tersebut sebaliknya percaya ada kisah lain di sebalik dakwaannya.

"Sebagai full time caretaker kepada mak dan arwah ayah dulu, kadang-kadang apa mereka cakap tak boleh percaya sangat," ujarnya.

Mengimbau kembali detik menguruskan orang tuanya, wanita ini mengakui tempoh tersebut mengajarnya bahawa ibu bapa yang uzur kadangkala boleh mengeluarkan dakwaan yang tidak tepat atau sukar dipercayai.

  • Lelaki berkongsi kisah pesakit warga emas yang mendakwa ke hospital sendiri dan belum makan kerana anak-anak sibuk.
  • Seorang penjaga tampil meminta orang ramai tidak terus menghakimi anak-anak berdasarkan cerita sebelah pihak.
  • Wanita itu berkongsi pengalaman dituduh ibunya menonyoh kepala kerana mahu membunuhnya.
  • Perkongsian tersebut membuka sudut pandang mengenai cabaran menjaga ibu bapa uzur.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman berdepan tuduhan orang tua meskipun menjaga mereka dengan baik.

"Baru semalam mak tuduh saya tonyoh-tonyoh kepala dia sebab nak bunuh dia, Ya Allah," ujarnya mengimbau kata-kata dan dakwaan ibunya itu.

Perkongsiannya secara tidak langsung memberi gambaran bahawa cerita daripada pesakit warga emas mungkin mempunyai sisi lain yang tidak diketahui, termasuk keadaan sebenar hubungan mereka dengan anak-anak.

Rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman sama dan menganggap apa yang berlaku itu sebagai ujian kepada anak-anak.

ARTIKEL  BERKAITAN: Anak berhenti kerja, pilih berbakti jaga mak ayah sakit! Selepas 5 bulan ibu meninggal, bapa pula ‘menyusul’ - “Bahagialah bersama cinta hati abah”

ARTIKEL  BERKAITAN: Penat jaga ibu uzur seorang diri, wanita tak sengaja lepaskan kemarahan sampai mak menangis... Sakit hati adik-beradik lepas tangan

"Pernah jaga mak dekat wad, makcik katil sebelah sentiasa cerita pada jururawat dan doktor yang anak dia tak datang dan tak peduli tapi anak dialah yang tukarkan pampers dan mandikan dia.

"Mak saya dijaga kakak ipar, masa baru balik kerja, arwah mengadu yang kakak ipar letak racun dalam makanan dia. Mujurlah saya tak mudah melatah.

"Macam itulah arwah atuk saya dulu, setiap kali orang datang dia akan mengadu lapar, berendam air mata makcik yang jaga masa tu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain