Wanita tidak sepatutnya mengharapkan wang daripada lelaki yang belum sah menjadi suami mereka. -Gambar hiasan AI
KOS untuk melangsungkan majlis perkahwinan tidak sepatutnya ditanggung 100 peratus oleh oleh pihak lelaki.Sebaliknya, bakal pengantin perempuan juga perlu memainkan peranannya dalam menjayakan perancangan hari bahagia seperti diimpikan. Menurut seorang gadis, dia kini mengalami tekanan emosi gara-gara terpaksa melakukan dua kerja demi mengumpul wang menjelang majlis perkahwinannya.Kos untuk melangsungkan perkahwinan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. -Gambar hiasan AI"Aku sebagai perempuan rasa penat sangat cari duit kahwin. Aku dan teman lelaki kongsi tabung kahwin berjumlah RM30,000. Kami bahagi dua jumlah itu. "Siang aku kerja pejabat, malam aku jadi juruwang di kedai kasut. Kadang aku cemburu tengok perempuan lain goyang kaki."Kami berdua baru habis belajar, baru nak mula hidup. Dia pun ada dua kerja. Siang kerja hakiki, malam buat Grab," ujarnya.Menurut gadis itu, hubungan mereka sekali lagi teruji apabila dia hilang sabar dan meninggikan suara terhadap teman lelakinya pada bulan lepas.Gadis tular selepas buat luahan hati tentang hubungan dengan teman lelakinya.Dia penat buat dua kerja demi mengumpul wang untuk majlis perkahwinannya.Dia dan teman lelakinya kini melakukan dua kerja demi mengumpul wang RM30,000.Mereka kini bergaduh selepas gadis itu meninggikan suara terhadap teman lelakinya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku mengidam jaket potato. Aku beli dua. Dia tak keluarkan duit pun. Aku bayar dan terus berlalu. Dia tak rasa bersalah pun, ikut je aku dekat tepi."Aku rasa nak meletup. Tak tahu kenapa aku tinggikan suara, aku tengking dia. Aku penat sebab dia tak pernah belanja aku macam lelaki lain dekat luar sana."Sumpah waktu itu air muka dia berubah. Dia minta maaf dan minta kod QR untuk bayar makanan itu. Aku tolak dan suruh dia hantar ke rumah," ujarnya.Selepas insiden itu, dia mengakui sudah meminta maaf, namun mendakwa teman lelakinya memilih untuk senyap dan tidak menghiraukan panggilannya.ARTIKEL BERKAITAN: Rasa tak berbaloi keluar duit untuk halalkan wanita, pemuda anggap merugikan - “Tiap bulan kena tanggung makan minum dia”ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ‘pecah’ lepas 5 tahun kahwin! Rupanya famili mentua ‘rembat’ 15K duit hantaran - “Kantoi busuk macam tu je”"Aku perlukan pendapat. Aku dah hantar karangan minta maaf. Dia baca saja tapi tidak balas. Sebelum ini dia ceria je dan selalu balas cepat," ceritanya lagi.Di ruangan komen, ramai netizen memberi saranan agar gadis itu memutuskan hubungan mereka demi kebaikan kedua-dua pihak."Kalau tak mampu hidup dengan pendapatan dia, maksudnya kau tidak akan mampu hormat dia sebagai suami nanti."Kalau awal-awal dah sanggup keluar duit untuk lelaki, jangan pelik kalau dia naik lemak dan anggap benda tu biasa," tulis netizen.