suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Pakcik tu jerit suruh keluar” - Pengguna lif sihat walafiat buat ‘kejung’, wanita bawa ‘stroller’ bayi terpaksa mengalah

Semua pengunjung perlu bertimbang rasa ketika menaiki lif di pusat beli-belah. -Gambar hiasan AI

KEMUDAHAN lif di pusat beli-belah sememangnya disediakan bagi menyenangkan pergerakan pengunjung, terutamanya ibu bapa yang membawa anak kecil menggunakan kereta tolak bayi atau stroller.

Namun, pengalaman seorang wanita ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah bersama suami dan bayi mereka meninggalkan rasa kecewa.

Mana tidaknya, wanita itu mendakwa dia beberapa kali terpaksa melepaskan lif yang tiba kerana keadaannya sentiasa sesak dipenuhi pengunjung lain.

 

Keadaan menjadi lebih mengecewakan apabila mereka akhirnya berjaya melangkah masuk ke dalam sebuah lif bersama stroller, sebelum siren amaran berbunyi menandakan muatan sudah melebihi had.

Ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil menggunakan stroller bagi memudahkan pergerakan. -Gambar hiasan AI

"Aku bawa stroller anak pergi mall dan tunggu giliran lif, tak tahu dah berapa kali terpaksa lepaskan sebab penuh.

"Kemudian apabila ada sebuah famili tolak stroller keluar, kami bertiga pun masuklah. Tapi rupa-rupanya terlebih muatan.

"Tiba-tiba ada pakcik dalam lif tu jerit suruh kami keluar. Tahu tak, yang dalam lif tu sebenarnya semua orang sihat, sempurna dan bukannya tua sangat pun," ceritanya di Threads.

Menurut wanita itu, dia akhirnya terpaksa mengalah dan keluar dari lif bersama suami serta bayi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil 9 bulan sering mengidam naik stroller anak di mall, tak guna wheelchair sebab tak muat kereta sport suami

ARTIKEL BERKAITAN: Stroller bukan penyelesaian semua situasi... Ibu ini jelaskan sebab 'baby carrier' lebih mudah, praktikal

Namun apa yang membuatkan hatinya lebih panas adalah sikap pengunjung lain yang kelihatan sihat tanpa membawa anak kecil, tetapi langsung tidak menawarkan diri untuk mengalah.

"Aku dengan barannya terus cakap... ya saya yang bawa stroller ni kena keluar. Awak sihat-sihat pun naik lif

"Nasib baik stroller aku jenis tutup dan buka dalam satu saat je. Terpaksa la aku dukung anak, suami usung stroller. Semua jenis buat 'keras' tak berganjak.

"Yang sakit hati, orang dalam tu siap cakap banyak kali suruh kami keluar. Aku ingat muka pakcik tu. Aku tunggu, ingatkan yang bujang, berpasangan tu keluar la. Tak keluar langsung, senyum je," katanya.

  • Ibu bawa stroller terpaksa mengalah keluar lif.
  • Lif penuh, pengunjung lain pula buat tak tahu.
  • Berkali-kali tunggu lif sebelum insiden berlaku.
  • Pakcik dalam lif jerit suruh mereka keluar.
  • Netizen persoal keutamaan pengguna lif.

Perkongsian wanita itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya berpendapat keutamaan menggunakan lif seharusnya diberikan kepada golongan memerlukan.

"Kalau saya, memang buat keras saja. Cakap dengan dia cuba tengok papan tanda di luar, siapa yang diberi keutamaan.

"Konsepnya, siapa yang paling terakhir masuk, dialah yang kena mengalah dan keluar.

"Memang pelik, ada satu keluarga tu sihat dan boleh berjalan tapi sibuk naik lif, kemudian pandang kita pelik sebab bawa stroller," komen beberapa netizen.

Artikel Lain