TINGGAL di kolej kediaman pastinya penuh dengan cerita dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Bagi seorang wanita, antara kisah terpahat diingatannya sehingga ke hari ini, insiden melibatkan seekor beruk dan rakan sebiliknya ketika menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). "Waktu diploma dulu, ada banyak beruk yang suka masuk kolej untuk curi makanan. Gigitan haiwan liar yang kotor berisiko membawa kuman dan penyakit. -Gambar hiasan AI"Ada satu hari, seekor beruk pecah masuk bilik dan selongkar beg mekap rakan sebilik saya. Beruk tu pergi gigit beauty blender (span mekap)," ceritanya di media sosial.Kisah tersebut diceritakannya selepas pempengaruh, Muhammad Noor Zakaria atau Matnor, membuat hantaran meminta warganet berkongsi pengalaman tinggal bersama rakan serumah pengotor, berbau dan mengerikan.Menerusi perkongsian itu, rakan serumahnya dikatakan tetap menggunakan span mekap berkenaan sehingga menyebabkan wajahnya mengalami masalah jerawat yang teruk.ARTIKEL BERKAITAN: Video 3 sekawan disergah beruk buat ramai terhibur, Yuna pun tengok! Pelajar dedah kenapa rakan sayang sangat dengan keropokARTIKEL BERKAITAN: Beruk merajuk tahu nak kena tinggal, tuannya berjurai air mata tinggalkan kampung - “Tak tahu berapa lama saya boleh bertahan”"Lepas tu, roommate saya tak buang beauty blender tu, dia pergi pakai bekas beruk tu gigit."Esoknya habis muka dia breakout teruk gila sebab air liur beruk. Tapi dia cakap alah, tak apa... dia pun ciptaan Tuhan," katanya.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan tindakan rakan wanita berkenaan yang masih sanggup menggunakan span tersebut.Beruk masuk bilik dan gigit span mekap.Rakan sebilik tetap guna span digigit beruk.Muka breakout teruk selepas guna semula.Enggan buang kerana beruk pun ciptaan Tuhan.Kisah lama di kolej kembali mencuit hati ramai.Ringkasan ini dijana oleh AI"Lain macam member kau sanggup kulit breakout. Padahal produk penjagaan kulit lagi mahal daripada beauty blender dia."Yang menggigit tu dah sah-sah ciptaan Tuhan yang tak berakal. Kita yang berakal ni gunakanlah sebaiknya."Wey, ni betul-betul pencinta alam sampai alat mekap jadi begitu pun dipakai lagi," tulis beberapa netizen.