suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesakit hadapi detik sakaratul maut tanpa waris di katil hospital... Rupanya kifarah hitam yang disimpan rapat sejak muda!

Tiada siapa yang sepatutnya melalui saat-saat tenat seorang diri tanpa ahli keluarga di sisi. -Gambar hiasan AI

KAKITANGAN hospital pastinya sudah lali berdepan pelbagai jenis ‘drama’ dan ujian emosi melibatkan pesakit serta waris mereka sepanjang bertugas di wad.

Menurut seorang pekerja hospital, dia sendiri pernah menyaksikan detik hiba apabila seorang pesakit menghadapi saat-saat sakaratul maut sendirian tanpa kasih sayang daripada ahli keluarga.

"Tolonglah jangan curang. Aku kerja di hospital. Aku bantu seorang pesakit lelaki umur 50-an. Masa nazak, tiada seorang pun ahli keluarganya datang.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan AI

"Hanya tiga orang kawan pakcik tu yang melawat. Mereka cerita, pakcik tu ada anak-anak. Bekas isteri pun masih hidup. Cuma mereka tak nak datang.

"Mengikut cerita kawannya, pakcik tu pernah curang masa isterinya melahirkan anak bongsu mereka," kongsi individu berkenaan.

Menambah rasa pilu, rakan-rakan pesakit itu turut mendedahkan bahawa lelaki terbabit mengabaikan tanggungjawab dan langsung tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anaknya selepas bertindak meninggalkan isterinya begitu sahaja.

  • Pekerja hospital kongsi kisah pesakit lelaki yang tidak ditemani waris ketika sedang nazak.
  • Dia berkata pesakit itu dibuang keluarga selepas dia curang dengan bekas isterinya.
  • Pesakit umur 50-an itu dikatakan tidak pernah beri nafkah kepada anak-anaknya.
  • Netizen berkata situasi dihadapi pesakit itu merupakan balasan atas perbuatannya.

"Disebabkan kesilapan itu, bekas isterinya jadi macam tak betul kerana mengalami depresi. Dekat 10 tahun bekas isterinya tak sihat.

"Anak-anak pun terbiar. Mujur ada keluarga tolong jaga. Pakcik yang nazak tu tak pernah melawat isteri dan anak-anak. Nafkah pun tak bagi.

"Masa dah sakit baru dia mula cari bekas isteri dan anak-anak. Jujur aku kesian dengan pakcik tu, tapi isteri dan anak-anaknya dah terluka," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: 43 tahun berkawan, BFF nazak dirahsiakan! Tahu-tahu dah meninggal, rakan lain beri alasan ‘jaga amanah’ arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sayu pesakit nazak sering bawa khabar ‘gembira’ buat keluarga sebelum pergi... Kongsi tanda seseorang itu ‘dah tak lama’

Hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen.

"Curang ni bukan setakat lukakan hati pasangan, tapi trauma dan kesannya merosakkan satu keturunan sampai ke anak-anak.

"Ingatlah wahai lelaki... sekarang kau seronok. Tunggu tua baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah.

"Kifarah itu pasti. Dah banyak kali tengok kes begini, pengakhiran hidup mereka merana," tulis netizen.

Artikel Lain