MENJADI ibu kepada dua anakkecil bukanlah satu tugas mudah memandangkan setiap urusan harian menuntut kesabaran, masa, dan tenaga yang berlipat ganda.Namun di sebalik cabaran menguruskan bayi dan anak yang masih kecil, wanita ini dirundung pilu apabila berasa seperti dia semakin dipinggirkan orang sekeliling. "Sedih jadi mak dua anak. Baru sekarang sedar apabila dah ada bayi dan toddler, diri macam dah tak berfungsi untuk orang lain."Macam tu je kena palau sebab ada anak kecil... nak keluar susah dan menyusahkan," luahnya di Thread.Meluangkan masa bersama dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan AILebih menggores hati dia turut mengimbau kembali kenangan semasa belum beranak-pinak dan kebaikkan yang pernah dilakukannya dulu.Katanya, ketika baru bergelar seorang ibu saudara, dia sentiasa melayan dan memberi perhatian sepenuh hati kepada setiap anak buahnya."Dulu kita layan anak buah macam raja. Setiap kali tibanya hari lahir kita belikan hadiah."Nampak permainan yang mereka suka pun beli, semata-mata nak tengok mereka gembira," imbaunya lagi.Seorang ibu kepada dua anak kecil meluahkan rasa sedih apabila semakin dipinggirkan oleh orang di sekelilingnya.Dia merasakan dirinya seolah-olah tidak lagi diperlukan kerana sukar keluar dan perlu menguruskan bayi serta anak kecil.Wanita itu terkilan kerana pernah melayan anak-anak buahnya dengan penuh kasih sayang termasuk memberikan hadiah dan permainan.Dia menyedari kasih sayang yang diberikan dengan ikhlas tidak semestinya akan dibalas dengan layanan sama terhadap dirinya dan anak-anak.Warga maya memahami perasaannya serta menitipkan kata-kata semangat bahawa dirinya amat bernilai buat kedua-dua anaknya.Ringkasan ini dijana oleh AIDia yang pada awalnya beranggapan akan menerima layanan serupa bagaimanapun dirundung kecewa apabila situasi sebaliknya berlaku."Tapi apabila dah ada anak sendiri, macam tu saja kena pulau."Terkilan sebab pernah buat ruang untuk orang lain dalam hidup, tapi apabila kita pula ada kehidupan sendiri, rasa macam ruang untuk kita dah tak ada," luahnya dalam nada kecewa sambil mengakui sedih menjadi orang dewasa.Tambahnya lagi, pengalaman tersebut turut menyedarkan dirinya bahawa kasih sayang yang dicurahkan dengan ikhlas tidak semestinya akan dibalas dengan layanan serupa.ARTIKEL BERKAITAN: "Borak dengan teman lelaki dan kucing dia je" - Gadis rasa diri terhegeh-hegeh di rumah famili BF, dijemput tapi dilayan dinginARTIKEL BERKAITAN: Jaga ibu sakit, 'resign' demi urus adik sekolah sampai jadi bujang terlajak... Akhirnya abang raih pujian - "Buang masa aku berkorban""Kita ingat apabila kita sayang orang dengan ikhlas, orang akan buat benda yang sama untuk kita dan anak-anak kita. Rupanya tidak," adunya lagi.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya menitipkan kata-kata semangat dan nasihat."Saya faham awak, dah jadi mak-mak ni memang hati tisu sampai kalau orang hargai sedikit pun kita akan rasa terharu sangat."Perasaan awak tu valid, kalau orang tak anggap awak berfungsi, dua orang anak awak akan anggap lebih daripada itu," demikian reaksi netizen.