Dimalukan di hadapan rakan sekelas pastinya memberi kesan besar kepada emosi murid. -Gambar hiasan AI
SEKOLAH sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk mendidik dan menjaga emosi murid tanpa membezakan mereka berdasarkan kemampuan keluarga.Namun, situasi berbeza dialami kanak-kanak berusia 12 tahun ini apabila dia dimalukan di hadapan rakan sekelas kerana belum mampu menjelaskan bayaran RM150 yang ditetapkan pihak sekolah. Lebih menggores hati apabila si kecil itu diminta oleh guru untuk bekerja bagi mendapatkan sendiri wang berkenaan, sedangkan pada usia tersebut dia masih berada di bawah tanggungjawab ibu bapa.Kejadian tersebut diceritakan semula oleh kakaknya yang berasa terkilan dan geram dengan sikap tidak prihatin guru berkenaan.Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk mendidik dan menjaga emosi murid. -Gambar hiasan AI"Gila ke cikgu-cikgu sekarang? Adik aku masih sekolah rendah, hujung tahun ada majlis apresiasi dan kena bayar RM150."Adik aku kena berdiri dan cikgu tu berani ya cakap... jangan marah mak ayah awak kalau tak bayar, patutnya awak pergi kerja dan dapatkan duit untuk bayar."Adik perempuan aku baru berumur 12 tahun," luahnya di Thread.Menyifatkan guru terbabit tidak mempunyai empati, wanita ini turut menegaskan bahawa kata-kata 'nasihat' itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada murid berusia 12 tahun kerana mereka masih bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.Murid berusia 12 tahun didakwa dimalukan di hadapan rakan sekelas kerana belum menjelaskan bayaran RM150 bagi majlis apresiasi sekolah.Kanak-kanak itu turut dikatakan disuruh bekerja sendiri untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran berkenaan.Kakaknya terkilan dengan tindakan guru terbabit yang dianggap tidak mempunyai empati terhadap keadaan kewangan keluarga murid.Dia turut mempersoalkan keperluan mengadakan majlis di hotel sedangkan sekolah mempunyai dewan sendiri.Warga maya berharap pihak sekolah tidak menganjurkan program berkos tinggi atau memaksa murid membuat bayaran sehingga membebankan keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AIPada masa sama, dia turut mempersoalkan sama ada pihak sekolah mengambil kira kemampuan setiap keluarga sebelum menetapkan bayaran setinggi itu."Dia ingat semua ibu bapa berkemampuan ke nak bayar RM150? Siapa yang tak bayar, disuruh berdiri sedangkan mereka bukan sengaja tak mahu bayar."Budak-budak ini tentu malu apabila semua orang pandang dan tahu ibu bapa mereka tidak mampu menyediakan wang," tambahnya sambil mempersoalkan keperluan mengadakan majlis di hotel.Menurutnya, setiap sekolah mempunyai dewan yang boleh digunakan bagi mengadakan sebarang majlis untuk meraikan anak muridnya.ARTIKEL BERKAITAN: Majlis konvo gah ala tadika T20, ibu murid prasekolah geram kena bayar mahal - "Siapa mulakan trend ni?"ARTIKEL BERKAITAN: Anjur majlis graduasi mewah, cikgu minta murid darjah 6 bayar RM140... Ramai mula mengeluh, tak mampu ikut trend"Wajib ke buat di hotel? Apa guna dewan sekolah kalau tak boleh guna kemudahan tu?" ajunya geram.Perkongsian berkenaan mencetuskan gelombang simpati dan amarah warga maya yang rata-ratanya mendesak agar program sekolah tidak terus membebankan kewangan ibu bapa."Tak tahu siapa yang mulakan perkara ni, menyusahkan murid je, yang berduit tak apalah tapi yang tak mampu terpaksa menahan malu."Sekarang ni banyak sekolah memang bangga buat majlis tamat sekolah di hotel atau kelab golf tapi jangan paksa murid bayar."Tergamak cikgu tu cakap macam tu, dulu tak pernah nampak pun cikgu perangai sedemikian," demikian reaksi netizen.