BEKERJA dalam bidang perkhidmatan menuntut kesabaran tinggi, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan pelanggan yang gemar mencari kesalahan.Namun pekerja juga manusia biasa yang tidak mampu menahan kesabaran jika menerima provokasi berterusan daripada pelanggan, seperti terjadi kepada wanita ini. Berkongsi kejadian menimpanya, kesabaran diri teruji selepas dia didatangi seorang pelanggan warga Indonesia yang berulang-kali menengking dan mencari kesalahan rakannya.Warga Indonesia yang berada di Malaysia didakwa monopoli perniagaan makanan. -Gambar hiasan AIBagaimanapun kesabarannya menipis selepas pelanggan tersebut bersikap rasis terhadap rakannya yang berbangsa India.Tidak cukup dengan itu, pelanggan tersebut mendabik dada disebabkan sudah lama menetap di Malaysia serta memiliki kad pengenalan merah."Dia terpekik-pekik beritahu yang dia sudah lama menetap di Malaysia dan memiliki kad pengenalan merah. Dalam dia menjerit, aku jerit juga you claim sangat orang Malaysia kan? Apa Rukun Negara ketiga?Seorang pekerja wanita hilang sabar selepas didakwa berulang kali diprovokasi dan ditengking pelanggan warga Indonesia.Pertengkaran tercetus apabila pelanggan berkenaan dikatakan mencari kesalahan rakannya yang berbangsa India serta mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.Pelanggan itu turut mendabik dada sudah lama menetap di Malaysia dan memiliki kad pengenalan merah.Wanita tersebut kemudian mengujinya dengan soalan mengenai Rukun Negara, namun individu terbabit didakwa gagal menjawab.Warga maya rata-ratanya menyokong tindakan wanita itu dan menegaskan pemilikan kad pengenalan merah tidak menjadikan seseorang sebagai warganegara Malaysia.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku ulang-ulang macam bertekak dengan budak sampai dia terdiam, tak dapat jawab," ujarnya berkongsi situasi berlaku di Threads.Malah dia mengingatkan supaya pelanggan terbabit tidak sewenang-wenangnya mengaku sebagai orang Malaysia dan berlagak dengan masyarakat tempatan."Tak payah mengaku orang Malaysia sangat, konoha (Indonesia) tetap konoha sampai abang Jamil mampus," demikian kata-kata yang diberikan kepada pelanggan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Serupa bandar Indonesia!” - Anak jati KL menyampah lambakan warga asing di ibu kota, ‘naik lemak’ tak jaga perangaiARTIKEL BERKAITAN: “Kau tunggu stupid prize!” - Datang negara orang tapi biadab, gadis tertekan ‘housemate’ warga asing punggah kabinet dapurPerkongsiannya itu mencuri perhatian netizen, rata-ratanya bersetuju dengan tindakan yang dilakukan bagi memberi pengajaran kepada warga asing tersebut."Kad pengenalan merah bukan tiket jadi warga Malaysia ya, tetap kena ada pasport negara asal dan sentiasa sah."Puas hati baca, orang berbudi kita berbahasa tapi apabila biadab inilah masanya tunjukkan kuasa tuan tanah," demikian reaksi netizen.