Setiap wanita pasti berasa rimas dan terancam apabila menjadi sasaran gangguan lelaki. -Gambar hiasan AI
KETERUJAAN seorang wanita untuk menyambut Hari Kebangsaan dan ulang tahun kelahirannya bertukar menjadi pengalaman tidak menyenangkan selepas dia dan rakannya diganggu sekumpulan lelaki.Lebih mengejutkan, tindakan biadab itu berlaku di hadapan ibunya sendiri, seolah-olah kumpulan berkenaan langsung tidak menghormati kehadiran orang dewasa. Menerusi satu luahan di akaun Threads, wanita itu meluahkan rasa jengkel dan rimas dengan kejadian yang menimpanya ketika mereka sekeluarga keluar menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di Terengganu.Sambutan Kemerdekaan amat dinanti-nantikan rakyat Malaysia. -Gambar hiasan AICeritanya, gangguan bermula sewaktu mereka berjalan melintasi sekumpulan lelaki yang sedang melepak di kawasan berkenaan.“Masa berjalan-jalan tu ada lelaki yang seorang berambut perang dan seorang lagi warna merah sedang duduk tengok kami.“Mereka senyum kemudian buat siul mengusik dan minta hotspot, kami terus duduk kat tempat lain,” luahnya di Trhead.Beranggapan gangguan itu berakhir di situ, pengadu sekali lagi dikejutkan dengan tindakan biadab kumpulan lelaki lain sewaktu mahu pulang ke kenderaan selepas selesai acara. Keterujaan seorang wanita menyambut Hari Kebangsaan dan ulang tahun kelahirannya bertukar menjadi pengalaman tidak menyenangkan selepas diganggu sekumpulan lelaki.Dia dan rakannya didakwa disiul, diusik serta diminta memberikan sambungan ‘hotspot’ ketika berjalan bersama ibunya di Terengganu.Mereka berpindah ke tempat lain bagi mengelakkan gangguan dan menyangka perkara tersebut sudah berakhir.Ketika mahu pulang, kumpulan lelaki lain berusia lingkungan 18 hingga awal 20-an pula didakwa menjerit serta mengeluarkan kata-kata sindiran dalam dialek tempatan.Perkongsiannya menerima pelbagai reaksi netizen, termasuk warga Terengganu yang mengakui pernah melihat segelintir lelaki berkelakuan sedemikian.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, kumpulan lelaki yang dianggarkan berusia antara 18 hingga awal 20-an itu menjerit dan mengeluarkan kata-kata sindiran dalam dialek tempatan ke arah mereka ketika sedang menuju ke tempat letak kereta.“Mereka jerit-jerit sebut... ada video dok (tak), belen belen nok sambut Merdeka,” ujarnya mengimbau semula kata-kata kumpulan lelaki tersebut.Insiden berkenaan nyata menimbulkan rasa kurang senang wanita terbabit yang mempersoalkan tahap kesedaran serta adab segelintir individu ketika berada di tempat awam.ARTIKEL BERKAITAN: Takut kena gelak dekat balai... Pemuda mangsa gangguan seksual ‘housemate’ lelaki malu lapor polis, susah tunjuk buktiARTIKEL BERKAITAN: Dahsyat gangguan lelaki nafsu songsang! Kuat mendesak, hantar foto tak senonoh... Jurulatih kecergasan tukar kerjayaPengalaman itu juga mencetuskan kebimbangan mengenai perbuatan mengusik atau ‘catcalling’ yang sering dianggap gurauan, sedangkan ia boleh menyebabkan mangsa berasa tidak selamat.Hantaran itu mendapat perhatian ramai warga maya yang tampil memberikan pelbagai reaksi, terutamanya daripada penduduk tempatan Terengganu sendiri.“Aku sebagai lelaki Terengganu memang tak boleh nak nafikan perkara ni sebab kawan-kawan aku pun macam tu.“Sebagi wanita Terengganu, aku akui lelaki yang tak pernah merantau dan hanya melepak memang begitulah perangai mereka,” demikian reaksi netizen.