Bukan mudah buat seorang anak menahan malu apabila rakan yang dijemput bertandang dihina tanpa belas kasihan. -Gambar hiasan AI
NIAT murni seorang wanita dari Kelantan yang sanggup bertolak jauh ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menyertai sambutan Hari Kebangsaan bertukar menjadi kenangan paling pahit dalam hidupnya.Segala-galanya bermula selepas dia menerima pelawaan seorang rakan untuk bermalam di rumah keluarga sahabatnya itu bagi menyaksikan pertunjukan bunga api di ibu negara. Namun malangnya, setiba di kediaman terbabit, dia terdengar ibu kepada rakannya mengeluarkan kata-kata yang menggores perasaan hanya kerana dia kerap datang dan menginap di rumah mereka."Rasa terhina sangat. Pergi Kuala Lumpur dari Kelantan sebab kawan ajak tengok bunga api dan tidur rumah dia.Segelintir individu tidak gemar menerima tetamu di rumahnya. -Gambar hiasan"Akhirnya mak dia kata... mak ayah dia tak ajar ke asyik datang rumah orang? Mak tak cari ke asyik duduk rumah orang?" luahnya di Thread.Menurutnya, teguran tersebut bukan sahaja menggores hati tetapi turut meruntun hiba kerana arwah bapanya turut terpalit."Sedih sebab ayah saya dah tak ada, datang sini pun bukannya makan dan minum kat rumah mereka.Seorang wanita datang dari Kelantan ke Kuala Lumpur selepas diajak rakannya menyaksikan sambutan Kemerdekaan dan pertunjukan bunga api.Dia bersetuju bermalam di rumah rakannya, namun terdengar ibu rakannya mengkritik tindakannya yang didakwa kerap bertandang dan menginap di rumah orang.Wanita itu terkilan apabila arwah bapanya turut disebut sehingga membuatkan dirinya berasa terhina dan sedih.Dia menegaskan tidak pernah meminta makanan atau minuman sepanjang berada di rumah tersebut dan hanya berkunjung tiga hingga empat kali dalam tempoh dua tahun.Netizen bersimpati serta menyifatkan teguran itu boleh disampaikan dengan lebih berhemah tanpa mengaitkan ibu bapa yang sudah meninggal dunia.Ringkasan ini dijana oleh AI"Perlukah sampai sebut abah saya yang dah tak ada, abah saya ajar segalanya dan tak ajar meminta pada sesiapa pun."Mak saya pun tak salah, salah saya sebab pernah datang rumah ni tiga empat kali sepanjang dua tahun ni," luahnya sayu.Perkongsian luahan hati itu dengan pantas menarik perhatian ramai warga maya yang rata-ratanya tumpang bersimpati dengan nasib yang menimpanya.ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Wanita ini tergamak minta sijil mati keluarga rakan, buat alasan adik tak jadi balik asrama... “Nak emergency”ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu majlis kahwin terdiam lihat gadis diherdik ibu sendiri, bengang terlupa ‘door gift’ untuk rombongan lelakiRamai berpendapat bahawa walaupun seseorang itu tidak menyukai kehadiran tetamu, teguran sepatutnya disampaikan secara berhemah tanpa perlu mempertikaikan arwah ibu bapa yang telah meninggal dunia.“Lepas ni beringatlah, tak semua orang hati baik dan yang penting jaga diri serta hati sendiri.“Sampai hati cakap macam tu, acik ni seronok kalau kawan-kawan anak datang rumah siap panggil acik mama lagi.“Ada orang muliakan tetamu, ada yang tak suka tetamu... itu pengalaman hidup,” demikian reaksi netizen.