suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang ‘mood’ nak parti BBQ, pemuda geram kawan-kawan perempuan tak reti siang ikan dan ayam!

Segelintir wanita tidak mengetahui cara untuk menyiang ikan mahupun ayam. -Gambar hiasan AI

KEMAHIRAN menyiang ayam dan membersihkan ikan dianggap antara perkara asas penting di dapur, namun hakikatnya tidak semua individu tahu melakukannya.

Pengalaman itulah yang dilalui seorang lelaki apabila meluahkan rasa terkejut dan hairan selepas mendapati sebilangan wanita dalam kumpulannya langsung tidak tahu menyiang kedua-dua bahan mentah berkenaan.

Menurutnya, situasi itu berlaku ketika mereka mengadakan aktiviti barbeku sebelum tugas menyediakan makanan dibahagikan sesama ahli kumpulan.

“Bagi golongan wanita, sekurang-kurangnya belajarlah asas menyiang ayam dan ikan.

Tugasan menyiang ikan dan ayam sering dikaitkan dengan golongan wanita. -Gambar hiasan

Tugasan menyiang ikan dan ayam sering dikaitkan dengan golongan wanita. -Gambar hiasan

“Ceritanya, kami buat barbeku ramai-ramai, jadi tugas pun dibahagikan. Tetapi apabila sampai bahagian perempuan, dia langsung tidak tahu menyiang ikan dan ayam,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Berasa geram dan kecewa dengan kelemahan itu, pemuda berkenaan akhirnya mengambil alih tugasan terbabit sambil membandingkan kemahirannya sendiri dengan wanita berkenaan.

Malah, dia yang belum mendirikan rumah tangga turut mengakui sudah terbiasa membantu ibunya di dapur.

Dalam masa sama dia turut meluahkan kebimbangan jika ditakdirkan mendapat bakal isteri yang tidak tahu menguruskan dapur.

  • Seorang lelaki terkejut apabila sebilangan wanita dalam kumpulannya tidak tahu menyiang ayam dan membersihkan ikan ketika aktiviti barbeku.
  • Tugas menyediakan bahan mentah itu akhirnya diambil alih olehnya selepas pembahagian kerja dibuat sesama ahli kumpulan.
  • Pemuda tersebut mendakwa dia mengetahui kemahiran berkenaan kerana sudah terbiasa membantu ibunya melakukan kerja dapur.
  • Dia turut meluahkan kebimbangan mendapat pasangan yang tidak tahu menguruskan bahan mentah dan menyediakan makanan.
  • Hantarannya mengundang kecaman netizen yang menegaskan kemahiran menyiang ayam dan ikan bukan tanggungjawab wanita semata-mata.

“Aku yang lelaki ini pun tahu. Aku anak emak dan selalu belajar dengan emak di dapur.

“Entah-entah di rumah, kau hanya makan dan tidur, semuanya emak yang buat.

“Takut hendak berkahwin kalau dapat orang macam ini,” tambahnya lagi yang kelihatan memperkecilkan kebolehan peserta wanita terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu tak pandai siang ikan, ibu mentua ini berbeza pandangan... Adil dan ‘open minded’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘anak mak’ suka berkepit dengan ibu! Isteri hamil usung perut tunggang motosikal pergi kerja, berpantang sendiri

Bagaimanapun, hantarannya itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan kemahiran menyiang ikan atau ayam bukan tanggungjawab wanita semata-mata.

Malah, ada yang mempersoalkan tindakannya membesarkan perkara tersebut sedangkan dia sendiri mengaku tahu melakukannya.

“Awak boleh siang ikan, jadi sianglah. Itu pun hendak dijadikan isu? Perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak, awak boleh?

“Baru tahu menyiang ikan sudah berlagak.

“Sudah 21 tahun saya berkahwin, memang tidak pernah menyiang ayam atau ikan yang dibeli dari pasar raya,” demikian teguran netizen pada hantarannya.

Artikel Lain