suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jiwa terseksa lepas beri peluang kedua... Wanita resah, menyesal maafkan tunang ketagih tonton video ‘panas’

Setiap individu perlu tahu menghormati pasangan masing-masing. -Gambar hiasan AI

MEMBERI peluang kedua kepada pasangan bukanlah perkara mudah, terutamanya apabila kepercayaan yang pernah dikhianati meninggalkan parut emosi mendalam.

Itulah dilema dilalui seorang wanita selepas mengetahui tunangnya mempunyai ketagihan menonton pornografi serta gemar melihat foto wanita-wanita cantik di media sosial.

Walaupun lelaki itu dikatakan bersungguh-sungguh mahu berubah selepas perbuatannya terbongkar, wanita berkenaan kini terperangkap dengan masalah keresahanserta hilang keyakinan terhadap diri sendiri.

"Saya dapat tahu tunang ada ketagihan pornografi. Dia juga suka follow perempuan dan like gambar mereka, bersepah.

Ketagihan pornografi boleh menyebabkan pasangan rasa rendah diri. -Gambar hiasan AI

"Dia sejenis apabila nampak wanita cantik terus follow sebab nak tengok lagi katanya. Dia sendiri jujur dan mengaku semuanya selepas kantoi dengan saya. Lepas kantoi dia bermati-matian nak berubah.

"Saya ambil masa berbulan nak proses isu ini, akhirnya saya putuskan untuk bagi peluang. Setakat ni memang nampak dengan mata kasar perubahan dia," katanya.

Namun, perkara itu memberi kesan terhadap mental dan emosinya sehingga dia mula membenci dan membandingkan diri sendiri dengan wanita lain.

Gadis itu mengakui kini sering berasa cemas, kerap berfikir secara berlebihan (overthinking), dan mudah panik sehingga perkara remeh boleh menjadi punca pertengkaran antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri akhirnya jumpa punca kerap gaduh dengan suami, minta kaum wanita percaya bahaya penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta cerai setiap kali gaduh, suami hilang sabar terlafaz talak 3! Ikatan 8 tahun terlerai walau masih saling sayang

"Saya jadi susah nak percaya dia. Apabila ada apa-apa, saya akan tanya berpuluh kali sebab takut dia tipu. Apabila nampak perempuan lawa, saya sangat insecure dan mesti fikir, takut kalau dia nampak, dia suka.

"Perempuan cantik tak kan pernah habis dalam dunia ini. Jadi saya tertanya-tanya, adakah saya akan hidup dengan keresahan macam ini sampai mati?" katanya.

Menurut wanita itu dalam hantaran di Threads, dia sebelum ini tidak pernah terlalu mengambil peduli perkara kecil atau bertindak mengawal pasangannya.

Namun, pengkhianatan itu mengubah personalitinya secara drastik sehingga dia mula bertindak memeriksa telefon bimbit pasangan susulan rasa syak wasangka.

"Sekarang saya jadi macam kena rasuk hantu. Saya faham bahawa saya yang pilih untuk bagi peluang, jadi saya kena belajar reda dan move on dengan apa yang jadi.

  • Beri peluang tunang berubah, wanita pula hilang keyakinan diri.
  • Tunang ketagih pornografi, bakal isteri hidup dalam keresahan.
  • Asyik banding diri dengan wanita lain selepas tunang kantoi.
  • Bimbang merana selepas kahwin, wanita persoal keputusan beri peluang.
  • Dulu tak kisah, kini wanita berubah selepas kepercayaan dikhianati.

"Cuma saya nak tanya sesiapa yang pernah hadap benda sama, adakah perasaan negatif ini semua akan hilang suatu hari nanti?

"Adakah betul dan berbaloi tindakan saya untuk bagi peluang? Saya takut merana selepas kahwin" luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan wanita itu supaya tidak menyalahkan diri sendiri atas perbuatan tunangnya.

"Peraturan nombor satu, jangan pernah sesekali salahkan diri sendiri dan tengok kekurangan sendiri, tapi tengoklah kekurangan dia. Kenapa? Nafsu.

"Jangan kahwin, nanti lagi rosak. Bayangkan awak dalam pantang lepas bersalin, dia layan dan puaskan nafsu dia dengan benda tu... meroyan awak nanti dik," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain