suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Serupa bandar Indonesia!” - Anak jati KL menyampah lambakan warga asing di ibu kota, ‘naik lemak’ tak jaga perangai

Ada rakyat Malaysia yang kurang senang dengan kehadiran warga asing di negara ini. -Gambar hiasan AI

BAGI mereka yang lahir dan membesar di Kuala Lumpur, perubahan wajah ibu kota dari dekad ke dekad pastinya cukup dirasai.

Menurut seorang wanita, antara perubahan yang paling ketara disaksikannya ialah peningkatan jumlah warga asing dari pelbagai negara di sekitar ibu kota.

"Saya lahir di Kuala Lumpur, duduk di Ampang sejak lahir. Saya dah mula rasa menyampah dengan lambakan warga asing. Rasa macam tak duduk di negara sendiri. 

Ramai warga asing berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki. -Gambar hiasan AI

"Lembah Jaya, Bukit Ampang tu semua port mereka. Serupa bandar Indonesia," luahnya dalam satu hantaran di aplikasi Threads.

Menurut wanita itu lagi, dia juga kurang senang dengan sikap kebanyakan warga asing yang tidak menjaga tingkah laku di negara ini.

"Saya tiada masalah kalau mereka jaga perangai. Tapi masalahnya tak jaga perangai. Tak kisah dari negara mana pun, semua bermasalah.

  • Wanita luah rasa bengang terhadap peningkatan warga asing di Kuala Lumpur.
  • Menurut wanita itu, dia merupakan anak jati Kuala Lumpur yang membesar di ibu negara.
  • Dia mendakwa kehadiran ramai warga asing menimbulkan masalah di negara ini.
  • Ramai netizen turut meluahkan sentimen sama dan mengakui geram dengan warga asing.

"Sukar untuk seseorang mempunyai semangat patriotisme terhadap tempat yang didiaminya jika itu bukan negara sendiri," luahnya lagi.

Di ruangan komen, ramai anak jati Kuala Lumpur turut berkongsi pandangan mereka berhubung isu berkenaan.

"Mereka senang-senang dapat rumah kos rendah, duduk ramai-ramai. Orang Malaysia pula yang susah nak menyewa di negara sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan warga asing lari ikut pintu belakang lepas kenyang makan stik premium... 500 gram habis seorang diri!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Pengotor, kurang ajar betul!” - Ramai berang warga asing kencing berdiri atas eskalator stesen MRT

"Memang menyampah, negara kita nampak kotor dah di mata dunia. Dah nampak macam setinggan dimana-mana lokasi.

"Apabila makin ramai warga Indonesia, makin naik lemak pandang rendah rakyat tempatan. Geram betul!

"Sejujurnya, saya pun rasa macam ni. Tak rasa macam duduk Malaysia," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain