suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Pengotor, kurang ajar betul!” - Ramai berang warga asing kencing berdiri atas eskalator stesen MRT

Tangkap layar video menunjukkan individu itu membuang air kecil ketika menaiki eskalator.

PERBUATAN tidak bermoral seorang lelaki dipercayai warga asing yang selamba membuang air kecil di tempat awam mengundang kemarahan ramai selepas rakaman kejadian menjijikkan itu tular di media sosial pada pagi Rabu.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna Threads, its.danishafiq, insiden tersebut dikatakan berlaku di eskalator yang sedang bergerak di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Titiwangsa ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Baru nak pergi kerja, ternampak warga asing kencing berdiri dan bersepah dalam (stesen) MRT Titiwangsa," tulisnya di ruangan kapsyen video [Tonton Video] tersebut.

Rakaman berkenaan meraih lebih 1.3 juta tontonan dalam tempoh singkat, selain dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa jijik dan tidak puas hati.

Berdasarkan klip video itu, lelaki berkenaan dilihat mengangkat sebelah kakinya ketika membuang air kecil, sehingga air kencingnya meleleh keluar dari seluar dan mengalir ke bahagian anak tangga eskalator.

Malah, individu terbabit seolah-olah mengabaikan keadaan sekeliling dan langsung tidak menyedari perbuatan jijiknya sedang dirakam oleh orang awam dari arah belakang.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa mual serta menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan mencemarkan kemudahan awam.

"Tandas di stesen MRT punya la bersih, pun susah ke? Pengotor dan menyusahkan orang.

"Patut la setiap kali aku lalu nak ke MRT Muzium Negara ada bau busuk. Macam ni rupanya keadaannya. Asal tak sepak je dari belakang.

"Kurang ajar betul, lepas tu duduk merata. Kemudian kita pun duduk di kerusi ada bekas air kencing dia tu," komen beberapa netizen.

Artikel Lain