suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat dalam bagasi: Mangsa maut akibat tetakan di kepala

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Gambar hiasan

POLIS mengesahkan punca kematian seorang wanita yang mayatnya ditemukan disumbat dalam bagasi di sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang, adalah akibat luka tetakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ia susulan hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri bau busuk akhirnya terjawab, mayat wanita ditemukan dalam bagasi

"Tiada bahagian badan mangsa yang dikerat atau dipotong," katanya pada Selasa.

Naazron menambah, siasatan juga mendapati rumah lokasi kejadian disewakan kepada sepasang suami isteri warga asing sejak Februari lalu.

Pada Isnin, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita dalam bagasi di  sebuah rumah di Taman Impian Indah susulan kehadiran bau busuk di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun identiti mangsa belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan. -The Star

Artikel Lain