AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang menangguhkan penyampaian keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya kepada 13 Julai depan.Menurut Syed Saddiq, 34, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan memilih untuk terus menghormati proses kehakiman negara dan menyifatkan penangguhan kes sebagai di luar jangkaan. "Saya menghormati keputusan hakim dan kehakiman negara."Saya faham perkara ini tak dijangkakan, sebab itu sukar untuk saya beri komen," katanya ketika ditemui di perkarangan Istana Kehamikan di Putrajaya pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan rayuan akhir Syed Saddiq ditangguh 13 Julai, salah seorang panel hakim cuti sakitMengulas lanjut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, perbicaraan dihadapinya bukanlah sesuatu yang baharu berikutan sudah enam tahun dia mempertahankan maruah dan nama baiknya di mahkamah."Bagi diri saya secara peribadi, ini bukan kes baharu, dah enam tahun saya menentang untuk maruah saya."Lagi dua minggu, saya akur dan patuh," tambahnya lagi.Mahkamah Persekutuan menangguhkan itu selepas salah seorang daripada panel iaitu Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bercuti sakit selama dua hari.Prosiding pada Selasa sepatutnya menentukan sama ada Syed Saddiq kekal dibebaskan atau diperintahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan membabitkan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Sekiranya rayuan pendakwaan ditolak, Syed Saddiq akan terus dibebaskan. Walau bagaimanapun, jika rayuan itu dibenarkan, beliau berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan dihadapinya.Mahkamah Rayuan pada 25 Jun tahun lalu yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.Rayuan berkenaan didengar panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.