suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syed Saddiq tenang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan, imbau 6 tahun berjuang tegak kebenaran 

Syed Saddiq membuat hantaran video pada malam Isnin.

 

PENANTIAN hampir enam tahun kes membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menemui noktah apabila Mahkamah Persekutuan dijadual menyampaikan keputusan muktamad rayuan akhir pada Selasa.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu berkata, dia sudah berjuang sehabis baik bagi mempertahankan kebenaran selepas pendakwaan memfailkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun tahun lalu ke Mahkamah Persekutuan.

"Esok (Selasa) Mahkamah Persekutuan akan berikan keputusan akhir dalam kes saya, enam tahun saya melawan demi keadilan, saya disiasat dan didakwa sampai akhirnya di Mahkamah Rayuan, keadilan ditegakkan sebulat suara 3-0.

"Saya dibebaskan sepenuhnya tapi perjuangan itu belum selesai, esok saya akan berdiri sekali lagi bukan untuk lari dari sistem atau mencari simpati tapi untuk pertahan nama, prinsip dan maruah saya," katanya. 

Syed Saddiq berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video di media sosial miliknya pada malam Isnin.

Beliau yang juga pengasas MUDA turut menyatakan pendiriannya kekal berintegriti dan berani menegakkan kebenaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq bebas, mahkamah ketepikan sabitan dan hukuman seleweng dana Armada

ARTIKEL BERKAITAN: Didapati bersalah atas empat pertuduhan... Syed Saddiq dihukum penjara 7 tahun, denda RM10 juta

"Sepanjang enam tahun saya tidak pernah minta kes ini ditangguh, tidak pernah minta jalan pintas, tidak pernah minta layanan istimewa.

“Saya hadapinya secara bersemuka, saya berani berjuang, kerana hati nurani saya bersih.

"Saya tahu kebenaran mesti dipertahankan walaupun jalannya panjang, pedih dan kadang kala sunyi tapi malam ini saya tidak mahu jadikan ia semata-mata tentang Syed Saddiq tapi tentang malaysia negara kita," tegasnya lagi.

Malah beliau turut menyifatkan 'perjuangannya' itu sebagai langkah berani seorang anak muda yang bersuara tanpa takut ditekan dan dihancurkan oleh mana-mana pihak.

Bagi wakil rakyat ini, keadilan tidak memilih pangkat, parti atau kuasa.

Justeru, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan turut menyeru rakyat Malaysia supaya tidak berputus asa dengan sistem pentadbiran negara sebaliknya, terus bersuara dan mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa berjuang seorang diri.

"Saya sudah berjuang sehabis baik, saya sudah pertahankan kebenaran dengan segala kudrat, kini saya serahkan seluruhnya kepada Allah kerana selepas manusia berusaha Allah lah sebaik-baik penentu, doakan saya dan doakan keadilan diteggak di mahkamah," ujarnya mengakhiri bicara.

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan dijadual menyampaikan keputusan terhadap rayuan akhir pihak pendakwaan pada pagi Selasa bagi menentukan sama ada pembebasan Syed Saddiq oleh Mahkamah Rayuan akan dikekalkan atau sabitan serta hukuman yang pernah dikenakan Mahkamah Tinggi dipulihkan. 

Ia berikutan pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun tahun lalu yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

Sabitan dan hukuman berkenaan adalah berhubung pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada Bersatu.

Keputusan itu dicapai panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Artikel Lain