HASRAT Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengetahui keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya pada Selasa tidak kesampaian apabila prosiding itu ditangguhkan ke 13 Julai depan.Penangguhan itu dibuat susulan salah seorang anggota panel, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dilaporkan bercuti sakit selama dua hari. Susulan itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim memaklumkan tarikh baharu bagi keputusan rayuan tersebut ditetapkan pada 13 Julai.Sebelum itu, Syed Saddiq, 34, tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya sekitar pukul 8.49 pagi dengan mengenakan sut berwarna kelabu gelap.ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq berserah kepada takdirKetika ditemui petugas media, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata dia menyerahkan segala keputusan kepada ketentuan Allah selepas melakukan segala usaha yang termampu.Sebelum memasuki kamar mahkamah, Syed Saddiq sempat bersalaman dengan ibu bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz serta beberapa ahli keluarga lain yang hadir memberikan sokongan.Prosiding pada Selasa sepatutnya menentukan sama ada Syed Saddiq kekal dibebaskan atau diperintahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan membabitkan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Sekiranya rayuan pendakwaan ditolak, Syed Saddiq akan terus dibebaskan. Walau bagaimanapun, jika rayuan itu dibenarkan, beliau berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan dihadapinya.Mahkamah Rayuan pada 25 Jun tahun lalu yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.Rayuan berkenaan didengar panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.