suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua rakyat Malaysia cedera selepas SUV terkena letupan bom di Tak Bai

Keadaan kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa.

 

DUA rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Mukim Phrai Wan, Daerah Tak Bai, Narathiwat, Selatan Thailand pada Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.41 pagi waktu tempatan ketika mangsa melalui kawasan berkenaan.

Akibat letupan itu, kedua-dua lelaki terbabit mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran oleh pihak berkuasa untuk menerima rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Thailand bertindak mengawal kawasan dan menjalankan pemeriksaan di lokasi letupan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Laluan dari Persimpangan Sapom hingga Kampung Saba Baharu di daerah Tak Bai ditutup sepenuhnya bagi membolehkan Unit Pemusnah Bom (EOD) dan pasukan forensik menjalankan siasatan serta pemeriksaan terperinci.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan menerima laporan mengenai insiden berkenaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan ke Thailand buat sementara waktu sehingga keadaan kembali selamat, seperti dilaporkan Sinar Harian. -The Star

Artikel Lain