suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syed Saddiq berserah kepada takdir

Syed Saddiq tiba sekitar pukul 8.49 pagi di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya pada pagi Selasa bagi menghadapi detik penentuan apabila Mahkamah Persekutuan, Putrajaya dijadual mengumumkan keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.

Syed Saddiq yang tiba sekitar pukul 8.49 pagi tampil mengenakan sut berwarna gelap sebelum terus memasuki pekarangan mahkamah.

Ketika ditemui petugas media, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata dia menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada ketentuan Allah selepas segala usaha dilakukan.

Syed Saddiq (kiri) menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Allah.

“Hari ini saya akan terus berdoa. Manusia boleh berusaha, Allah yang menentukan,” katanya kepada media.

Sebelum memasuki kamar mahkamah, Syed Saddiq sempat bersalaman dengan ibu bapanya iaitu Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz serta beberapa ahli keluarga lain yang turut hadir memberikan sokongan.

Turut berada di Istana Kehakiman sejak awal pagi ialah tunangnya, penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama ahli keluarga, selain abang Syed Saddiq, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella mohon doa buat Syed Saddiq, Space Dollah yakin adik akan bebas

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tenang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan, imbau 6 tahun berjuang tegak kebenaran 

Sebelum itu, Bella sempat memohon doa daripada petugas media, manakala Space Dollah meluahkan keyakinan adiknya akan memperoleh keputusan yang memihak kepadanya.

Keputusan yang dijadual diumumkan pada pukul 9 pagi itu akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal dibebaskan atau diperintahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan membabitkan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Keluarga dan rakan-rakan hadir memberikan sokongan terhadap Syed Saddiq. 

Jika Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan, Syed Saddiq akan terus dibebaskan.

Bagaimanapun, jika rayuan itu dibenarkan, beliau berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusan rayuan akhir tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain