PELAKON Amyza Aznan berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anaknya, Adrian Adam yang kini sedang menjalani rawatan akibat kanser tulang.Menurut Amyza, 50, keadaan Adrian, 18, menunjukkan perkembangan positif apabila tumor yang dihidapinya tidak merebak ke bahagian lain, namun proses mengecilkan saiznya memerlukan masa. "Alhamdulillah, setakat ini tumor itu tidak merebak. Sekarang Adrian menjalani rawatan di dua pusat perubatan.Adrian berkongsi keadaannya selepas disahkan menghidap kanser tulang."Hampir setiap hari ada rawatan. Ada minggu dia perlu jalani rawatan tiga atau empat kali, ada juga minggu yang memang setiap hari," katanya kepada mStar.Amyza berkata, fokus utama rawatan ketika ini adalah untuk mengecilkan saiz tumor sebelum sebarang pembedahan dapat dilakukan.Jelasnya, Adrian perlu menjalani sekurang-kurangnya 80 sesi rawatan bagi melihat perubahan yang diharapkan, namun setakat ini dia baru menyelesaikan sekitar 20 hingga 30 sesi.ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan ralat tiada di sisi arwah pada saat-saat akhir… “Mungkin Andre tak nak saya tengok dia pergi”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cara jalan berubah, kaki bengkak... Berat badan anak Amyza Aznan makin susut sejak disahkan kanser tulang"Doktor beritahu proses mengecilkan tumor tidak boleh dilakukan secara drastik kerana ia berbahaya. Fokus rawatan sekarang adalah untuk mengecilkan tumor terlebih dahulu sebelum sebarang pembedahan boleh dilakukan."Doktor tak boleh jangka berapa lama kerana ia bergantung kepada keadaan tumor itu sendiri. Sebab itu saya tak mahu terlalu kerap berkongsi perkembangan. Kalau ada berita baik saya akan kongsi. Kalau tidak, saya tak mahu ganggu emosi dia," ujarnya.Dalam pada itu, Amyza turut memaklumkan pemeriksaan terbaharu menunjukkan saiz tumor Adrian mula mengecil. Dia kata masih okey dan minta saya jangan risau.AMYZA AZNANPELAKONKatanya, sebelum ini ukuran tumor kekal sekitar 5.8 sentimeter, namun pemeriksaan terbaharu menunjukkan sedikit pengurangan."Tapi baru-baru ini bila diperiksa, saiznya turun sedikit. Alhamdulillah, walaupun sedikit, sekurang-kurangnya ada perubahan."Semangat dia masih kuat, cuma kadang-kadang dia sakit kerana memang keadaan itu menyakitkan," luahnya.Pada masa sama, Amyza memberitahu Adrian turut mengamalkan kaedah fat fasting sejak kebelakangan ini dan mendakwa ia membawa perubahan positif terhadap bacaan tumornya.Adrian kini bergerak menggunakan kerusi roda."Sejak tiga hari lalu dia mula buat fat fasting dan Alhamdulillah bacaan tumor menunjukkan penurunan."Kasihan juga sebab sepanjang tempoh itu dia hanya mengambil minyak zaitun. Bila saya tanya keadaan dia, dia kata masih okey dan minta saya jangan risau," ujarnya.Pada Februari lalu, Amyza mendedahkan anak keduanya itu disahkan menghidap kanser tulang selepas setahun anak sulungnya iaitu Allahyarham Andre Mikhail bertarung melawan kanser paru-paru.Untuk rekod, Allahyraham Andre meninggal dunia 23 Februari lalu akibat kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!