suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Caprice sahkan Instagram digodam punca 'kehilangannya'

'Kehilangan' Caprice menjadi tanda tanya ramai.

SELEPAS sekian lama menyepi daripada media sosial, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice akhirnya menjelaskan punca sebenar kehilangannya daripada platform tersebut.

Caprice atau Ariz Ramli, 38, memaklumkan akaun Instagram miliknya telah digodam kira-kira dua bulan lalu selepas penjenayah siber berjaya menembusi sistem keselamatannya, termasuk akaun e-mel yang dikaitkan dengan platform berkenaan.

Menurut Caprice, cubaan untuk menggodam akaunnya bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia pernah berlaku beberapa kali setiap tahun, namun kebiasaannya berjaya dipatahkan lebih awal.

Instagram milik Caprice digodam dua bulan lalu.

Instagram milik Caprice digodam dua bulan lalu. 

“Instagram saya kena godam dua bulan lepas. Sebenarnya dalam tempoh setahun memang akan ada sekurang-kurangnya enam hingga tujuh kali cubaan untuk menggodam atau cuba mengakses akaun Instagram saya.

“Kebiasaannya, kita dapat mengesan cubaan itu lebih awal dan terus menukar kata laluan tetapi kali ini cara mereka menggodam memang luar biasa.

“Saya tiba-tiba dilog keluar daripada WhatsApp. Selepas itu, Instagram pula menghantar e-mel pengesahan mengenai log masuk baharu. Kali ini mereka turut berjaya menggodam e-mel saya. Instagram memang habis digodam,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice dedah penyanyi lelaki buat ‘sexual grooming’ terhadap pelakon kanak-kanak... Gesa polis ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh buka mulut, Caprice kini bebas kongsi fasal Ebit Lew

Mengulas mengapa akaunnya sering menjadi sasaran penggodam, Caprice percaya ia berkaitan dengan kandungan yang dikongsikannya, terutama berkaitan isu semasa, kebajikan masyarakat dan pendedahan pelbagai kes.

“Sama ada baik atau buruk, akaun Instagram saya memang antara yang paling pantas membantu mangsa, membongkar pelbagai isu dan mengetengahkan isu-isu semasa yang berat.

“Selain siri Edisi Siasat, saya rasa akaun Instagram saya juga dikenali kerana sering menyorot pelbagai isu penting yang memberi kesan kepada masyarakat.

Sejak akaun kena godam, hidup saya lebih tenang. 

CAPRICE

PENYANYI & AKTIVIS KEMANUSIAAN

“Sebab itu, setiap tahun memang akan ada banyak cubaan untuk menggodam akaun saya. Bezanya, kali ini mereka berjaya,” ujarnya.

Meskipun kehilangan akaun Instagram memberi kesan kepada aktivitinya di media sosial, Caprice mengakui terdapat hikmah di sebalik kejadian tersebut.

“Tapi sejak akaun kena godam, hidup saya lebih tenang sebab tak ada kes nak kena selesaikan. 

Caprice kini lebih tenang selepas tidak lagi aktif di Instagram.

“Ada hikmahnya, saya dapat pergi gim, baca buku dan habiskan masa dengan keluarga. 

“Saya juga dapat hidupkan kembali akaun TikTok dan Facebook yang selama ini sudah tidak lagi digunakan,” katanya yang sedang menunggu untuk mendapatkan semula akaun Instagram itu. 

Sebelum ini, kehilangan Caprice daripada media sosial menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen apabila akaun Instagram miliknya didapati tidak lagi aktif mengemas kini kandungan.

Ia sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai keberadaannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain